Tuesday, 23 April 2013

Simpanan Emas Fizikal vs Akaun Simpanan



Ramai yang suka membandingkan emas fizikal dengan akaun simpanan emas tanpa mengetahui fakta yang sebenar.

Bagaimana jika anda pergi ke sebuah restoran,tempah nasi ayam,apa yang anda dapat ialah kertas bertulis “nasi ayam” ? Best ke.

Kalau macam tu,mesti ramai yang dah kaya sebab jual kertas sahaja,dan boleh jual nasi ayam walaupun dengan harga RM1,bukan perlu wujud pun nasi ayam tersebut.

Apa kaitan cerita nasi ayam dengan emas ?Baca lebih lanjut penerangan di bawah

Soalan :
Saya nak minta pendapat,yang mana lebih baik,buat simpanan emas melalui akaun simpanan emas di bank atau emas fizikal?

Jawapan :
- Kalau nak harga murah lebih baik beli akaun simpanan emas sebab bank tak keluar kos untuk beli emas.

- Bank sediakan buku sahaja
- Bank jual murah-murah sahaja sebab emasnya tidak wujud.

Fakta tentang akaun simpanan emas :

1) Harga buku emasnya lebih murah dari harga emas sebenar kerana ia hanya ditulis di atas kertas berbanding emas sebenar yang boleh dipegang,dijual –beli,dipakai dan dipajak bila perlu.

2) Buku emas kalau hilang boleh ganti dengan buku baru.

3) Duit kita bank yang jaga dan gunakan sebagai modal bank berniaga.

4) Jika buku hilang boleh ganti dengan buku baru tapi jika duit dalam buku itu hilang bank tak ganti kerana tidak dilindungi PIDM.

5) Akaun simpanan emas (gold saving acc) Maybank/Public Bank/CIMB bank di bawah konvensional banking kerana tidak memenuhi syarat panel penasihat syariah bank.

6) Syarat untuk patuh syariah, beli emas mesti dapat emas, bukan beli emas dapat buku bank. Konvensional banking ini sebenarnya khas untuk menarik pengguna bukan islam yang takut dengan produk patuh syariah untuk beli buku emas ni. walaubagaimanapun bank tidak melarang orang Islam untuk beli produk yang tak patuh syariah ini.

ps: Sebagai umat Islam sejati,anda dinasihatkan peka dengan halal haram serta menjauhi perkara yang shubhah dan gharar.

Jika nak jaga rezeki kita dari sumber yang halal dan patuh syariah, beli emas yang boleh dapat emas fizikalnya.

Fakta simpanan emas fizikal :

1) Kita beli emas dan dapat emas di tangan.Emas itu adalah emas fizikal yang bernilai tinggi.

2) Emas itu boleh menjadi penyelamat sewaktu sesak nak pakai duit. Gadaikan emas itu di arrahnu dan kita dapat duit segera. Bila ada duit nanti kita tebus balik.

3) Jika kita perlukan duit untuk berniaga, kita boleh gadaikan juga emas itu di arrahnu untuk dapatkan tunai segera buat bisnes. Hasil untung bisnes itu buat tebus emas itu di arrahnu. Bisnes dapat, emas pun dapat balik + untung pun dapat.

4) Anda boleh simpan sendiri emas tersebut, dan jual bila bila masa jika perlu, berbanding dengan akaun simpanan emas,urusan hanya boleh dilakukan hari dan waktu bekerja sahaja.

Bagaimana jika anda tiba-tiba memerlukan tunai?


5) Dengan emas fizikal,anda mempunyai banyak pilihan tempat untuk menjual iaitu end user,pengedar,syarikat emas mahupun kedai emas. Namun akaun simpanan emas,anda tiada pilihan lain melainkan jual pada pihak bank sahaja dengan susut nilai.

6) Bagi mereka yang menyimpan sambil meniaga,mereka boleh meniaga dengan ulang proses jual-beli-restock dan mendapatkan keuntungan yang maksimum tanpa had.

Kesimpulannya ialah apa sahaja pilihan anda,buatlah pilihan yang terbaik dan boleh menenangkan jiwa anda. Umat Islam akan merasa tenang apabila beroleh hasil dari sumber yang halal dan berkat.

: jutawangold.com

Betulkah Rugi Bila Harga Emas Jatuh ?



Mengenal logam Emas dan Perak begitu mengujakan.

Saya juga menganggapnya sebagai satu amanah. Iaitu amanah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa wang kertas yang ada dalam poket mereka (dan saya) adalah suatu yang diberi nilai oleh pihak berwajib. Jika tidak, ia hanya sekeping kertas.

Andai kata berlaku huru-hara dalam sesebuah masyarakat atau negara, seperti berlakunya hyperinflasi, wang kertas sudah kembali kepada nilai asalnya. Iaitu sekitar RM0.03 sen sahaja. Berbeza dengan emas dan perak. Nilai intrinsiknya menjadikan ia sebagai logam yang ‘pelik’, kerana tetap disukai oleh manusia walau dalam keadaan ekonomi yang huru-hara.

HARGA EMAS dan PERAK JATUH?

Ya. Sejak Jumaat lepas, harga dua logam ini jatuh mendadak. Kesan kejatuhan ini hanya akan menimbulkan kekhuatiran kepada sesiapa yang belum kenal benar logam-logam ‘pelik’ ini. Ditambah pula, dalam lanskap ekonomi masa kini, emas kelihatan ‘berharga’ dan ‘tidak berharga’ apabila ditag kan dengan harga-harga tertentu. Sedangkan, dalam dunia logam berharga ini, emas adalah emas. Perak juga adalah perak.

Bezanya di sini adalah, harga-harga yang ditag kan ke atas logam berharga ini hanyalah sebagai ‘batu loncatan’ untuk memilikinya pada ‘harga’ yang murah.

Gorge Soros pula menyarankan supaya pemilik emas melepaskan logam tersebut kerana mendakwa ia bukan lagi satu portfolio yang menarik. Saranan ini, pada pandangan saya, hanya untuk mereka yang menyandarkan emas pada wang fiat yang tidak bernilai. Ia adalah nilai jadi-jadian.



Para pelanggan Bank of Cyprus yang mengerumuni bank setelah tutup selama DUA MINGGU

TUKAR CARA BERFIKIR

Ya. Tukar cara berfikir dan miliki Emas atau Perak. Jadikan ia sebagai medium penyimpanan nilai anda untuk masa depan. Kenali dua jenis logam berharga dan pelik ini.
Sesiapa yang memegang emas atau perak, tidak perlu risau dengan kejatuhan harga atau ‘belum balik modal’. Anda sebenarnya tidak rugi sedikit pun kerana anda memiliki suatu yang amat bernilai. Nilainya tidak ditentukan oleh naik atau turunnya nilai matawang US (US$).


BELI EMAS SEMPENA ‘KEJATUHAN’ HARGA

Saya tidak mampu untuk membelinya kali ini. Mungkin sedikit rugi, tetapi tidak mengapa. Saya akan beli pada dalam masa seminggu lagi. Saya akan membeli untuk kitaran pendapatan – perbelanjaan bagi bulan hadapan.

Kepada yang mampu, belilah. Jangan bertangguh!

: aliffbasri.com

Tuesday, 16 April 2013

Harga Emas Jatuh VS Permintaan Emas Fizikal Dunia






Tertarik untuk menulis apabila melihat pergerakan emas menurun jatuh sehingga mencecah harga harga 2 tahun lepas USD 1482 per ounce(July 2011)

Dengan kejatuhan harga yang agak menjunam, sudah tentu ramai yang panic tak tahu nak buat apa dan ada juga yang membuat panic sales takut takut harga akan terus menjunam.
Apa yang anda perlu buat pada masa sekarang adalah banyakkan membuat kajian kenapa harga emas turun dan adakah trend ini sementara ataupun berterusan.

Antara kajian yang saya buat adalah Permintaan emas fizikal vs harga emas.

Dalam Teori ekonomi demand and supply:

1. Harga akan jatuh jika demand kurang dan supply berlebihan


2.Harga akan naik jika supply kurang dan demand tinggi.


Tetapi apabila diperhatikan walaupun harga emas menurun tetapi permintaan emas FIZIKAL tetap bertambah malah meningkat.

Ini bermakna ada individu/syarikat/negara yang mengambil kesempatan dengan harga murah ini dengan terus membeli emas fizikal.

Jadi terpulang kepada anda nak follow trend yang mana?

1. Trend menjual emas ketika harga jatuh? atau


2. Trend merebut peluang membeli emas dengan harga rendah.


Permintaan emas fizikal vs harga emas.






Tidak Rugi

Fahamilah bahawa anda tidak rugi jika memiliki emas fizikal walaupun harga turun kerana:


1.Emas itu sendiri adalah penyimpan nilai yang terbaik


2.Tidak dimamah inflasi/kalis inflasi
3.Diterima seluruh dunia


4.Emas fizikal dunia semakin tiada, jadi sudah tentu ia akan menjadi rebutan.


5.Yakin dengan emas dan perak sebagai matawang islam


Walaupun bagaimanapun info diatas adalah hasil kajian saya, anda tidak perlu percaya 100% apa yang perlu anda buat adalah teruskan membuat kajian.

: otakemas.blogspot.com/

Friday, 12 April 2013

Inflasi, Simpanan Wang & Kedudukan Emas






BANGI,  April 2013 – Malaysia boleh di anggap sebagai sebuah negara yang tidak dibebani dengan masalah inflasi yang ketara, walaupun pernah dilanda inflasi tinggi ekoran krisis matawang Asia pada tahun 1997 dan 1998.

Prof Dr Mansor Jusoh dari Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata Malaysia secara purata mengalami kadar inflasi 3.75 peratus setahun antara 1973 hingga kini, walaupun pernah mencapai kadar tertinggi sehingga 23.9 peratus pada Mac 1974 dan terendah 2.4 peratus pada Julai 2009.

Beliau berkata demikian di Perbincangan Meja Bulat mengenai “Inflasi dan Kesannya Terhadap Dana Simpanan” di sini hari ini. Perbincangan itu dianjurkan FEP.
Dua anggota panel lagi adalah Prof Dr Ahamed Kameel Mydin Meera dari Fakulti Sains Ekonomi and Pengurusan, Jabatan Kewangan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Juzaili bin Lup, Penganalisa Penyelidikan Kanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Prof Madya Dr Sani Ahmad, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM bertindak sebagai moderator.

Prof Mansor berkata apabila inflasi berlaku jumlah barangan yang boleh dibeli dengan wang yang sama akan berkurangan.

Inflasi adalah suatu fenomena yang biasa dihadapi sesebuah ekonomi yang sedang berkembang. Bagaimana pun inflasi tinggi dianggap sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dielak.




Antara matlamat utama dasar kewangan sesebuah negara adalah untuk mengawal inflasi dan menjamin kestabilan harga. Contohnya, mensasarkan inflasi dalam melaksanakan dasar kewangan. Itulah pendekatan yang diambil oleh negara-negara Eropah.
“Kesan inflasi tidak sama kerana terdapat juga golongan yang mendapat manfaat daripadanya misalnya peniaga tetapi rata-rata lebih banyak pihak yang akan mendapat kesan negatif, terutama apabila kadar inflasi melambung tinggi dan meluap,” kata Prof Mansor.

Beliau menerangkan bahawa inflasi hiper boleh menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan kepada wang dan boleh mencetuskan kembali sistem barter (pertukaran barang).

Kiranya inflasi hiper berterusan matawang asing boleh mengambil alih matawang tempatan sebagaimana berlaku di Argentina dan boleh membawa kepada ekonomi menjadi lumpuh. Inflasi yang tak dijangkakan boleh pula menjejaskan keputusan pelaburan dan mengakibatkan penurunan pengeluaran barang buatan dari kilang.
Beliau menerangkan bahawa semasa inflasi, nilai benar dana akan merosot. Contohnya dana RM1 juta akan mengalami kemerosotan nilai benar sebanyak 5% dalam setahun jika kadar inflasi tahunan adalah 5%.

Tindakan rasional pelabur adalah mewujudkan fortfolio aset pelbagai terdiri daripada wang seperti deposit tetap di bank, aset kewangan seperti bil perbendaharaan, saham, bon atau atau aset benar seperti hartanah dan emas. Bagaimanapun aset demikian itu juga boleh dipengaruhi inflasi baik dari segi harga mahupun kadar pulangan.
“Tetapi, oleh kerana setiap aset terdedah kepada risiko yang berbeza ekoran ketidakpastian inflasi, perubahan harga dan kadar pulangan akan berbeda-beda mengikut jenis aset,” kata Dr Masor.

Beliau juga menerangkan bahawa semasa inflasi yang meluap, nilai aset seperti hartanah dan emas cenderung untuk meningkat. Ini adalah disebabkan orang ramai menganggap aset seperti emas adalah pelindung nilai yang baik.

Dr. Mansor berkata kecenderungan untuk memilih aset yang bersifat jangka pendek dan aset lindung nilai seperti emas mungkin baik untuk fortfolio pemegang dana. 

Bagaimanapun, pilihan itu kurang baik untuk ekonomi secara keseluruhan. Tindakan ini boleh menjejaskan penyaluran dana untuk pelaburan fizikal yang lebih produktif.
Prof Madya Dr Ahamed pula telah membincangkan persoalan “Ekonomi Dunia 2012/13 dan Emas”. Dalam keadaan global semasa dengan ekonomi Amerika Syarikat (AS) masih belum pulih di tokok krisis hutang Eropah boleh membawa kepada kemungkinan berlakunya inflasi Global hingga membenam harga hartanah dan membawa kepada kesan limpahannya.

Akibatnya ia boleh memberi kesan domino yang akan berterusan dengan kemungkinan berlakunya peperangan di Timur Tengah yang boleh bertukar menjadi peperangan global.
Dr Ahamed berkata ancaman segera adalah hyperinflation global, kemelesetan ekonomi global, pengangguran, pertelingkahan dan peperangan antara negara. Semua itu boleh membawa kepada penurunan nilai dolar, euro dan kemelesetan ekonomi dunia yang mendadak.

Ekonomi dunia kini yang bergantung kepada Fiat Money, wang yang dicetak tanpa sokongan, akan meleset sebagaimana juga nilainya juga berkurangan. Keadaan demikian mungkin memaksa dunia mengambil jalan keluar dengan menggunakan emas dan perak kembali sebagai mata wang.

Bagaimana pun dengan pengeluaran emas yang terhad ditambah pembelian oleh bank-bank pusat dan permintaan semakin meningkat dari India dan China, dua pengguna terbesar emas, ia berpotensi memacu harganya meningkat sehingga AS$5,000 satu oz.
Laporan Standard Chartered sehingga Jun 2011 meramalkan emas dan perak akan menjadi aset pilihan dalam keadan huru-hara, peperangan dan pergolakan. Kedua-dua logam berharga ini sememangnya telah pun digunakan sebagai matawang dalam sejarah dunia.

Beliau menyorot kepada ramalan pemenang Hadiah Nobel untuk Ekonomi tahun 1999, Robert Alexander Mundell bahawa emas akan muncul kembali dalam sistem kewangan antarabangsa pada abad ke-21. Nampaknya ramalan itu tidak salah kerana berkemungkinan emas kembali digunakan sebagai standard wang dalam tahun ini, kata Dr Ahamed.

http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1399-