Global Gold Resources merupakan satu syarikat yang ditubuhkan pada
penghujung tahun 2010 dan menjalankan aktiviti pelaburan emas fizikal.
Beribu pejabat di Cheras dan kami memainkan peranan dalam mendidik
masyarakat Malaysia supaya melibatkan diri dalam pelaburan emas dengan
cara yang lebih bersistematik.
Misi dan aktiviti syarikat adalah seperti berikut;
- Mendidik masyarakat tentang pelaburan emas fizikal dengan cara yang lebih effisen
- Memperkenalkan skill-skill pelaburan emas melalui seminar dan “workshop”
- Menawarkan barang-barang kemas dengan harga yang lebih murah dari pasaran dan bermutu tinggi
- Khidmat selepas jualan seperti khidmat “buyback” dengan harga yang lebih tinggi 8% berbanding dengan syarikat-syarikat yang lain dalam lingkungan 25%-30% dibawah harga semasa
- Membeli barang-barang emas terpakai dengan harga yang lebih tinggi
- Mengasuh orang ramai menjadi tokey emas secara kecilan
- Memberi khidmat nasihat untuk penubuhan ArRahnu sebagai satu cabang dalam pelaburan emas
Di Global Gold Resources, kami menggunakan konsep pelaburan emas
dengan menggunakan Ar Rahnu sebagai medium gandaan pelaburan. Ar Rahnu
merupakan sistem pajakan Islam yang telah diperkenalkan di negeri
Kelantan dan sekarang berkembang pesat ke negeri-negeri lain di
Malaysia. Secara amnya Ar Rahnu merupakan pinjaman bercagar yang
dibenarkan dengan menggunakan barang-barang kemas yang mempunyai
ketulenan emas yang tinggi. Kelebihan menggunakan ArRahnu dalam
pelaburan emas adalah untuk mengurangkan modal awal pelaburan dan
memaksimumkan keuntungan pelaburan.
Melalui seminar peserta-peserta akan diasuh untuk menggunakan Ar Rahnu bagi tujuan penggandaan stok emas. Prinsip asal adalah pelaburan emas dan bukannya pelaburan tunai. Oleh sebab itu dalam jangka masa yang pendek pelabur akan dapat memperolehi penambahan stok emas tanpa melibatkan pelaburan tunai yang tinggi. Skill-skill pelaburan berteraskan Ar Rahnu dan tanpa Ar Rahnu, dapat dipelajari melalui seminar-seminar yang dianjurkan

As Salam.... Nak tahu ada ke panel syariah. Terimakasih
ReplyDelete