Sebelum
pajak emas, anda perlu tahu duit pajak ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik.
Kalau harga emas naik, anda boleh buat overlaps. Dan overlaps adalah
pertambahan hutang, bukan “passive income” sebagaimana salah faham oleh
sesetengah orang. Artikel ni adalah sambungan artikel “Cara
Memajak Emas di Ar-Rahnu“. Sebelum memajak emas, ini 9 tips penting yang
anda perlu tahu:
Tips #1 – Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai
Secara
umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila (1) harga emas jatuh
mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada
harga rendah, atau (2) nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan.
Kalau sebab lain, saya tak syorkan melainkan anda dah kenalpasti sumber
‘pendapatan’ yang akan digunakan untuk tebus balik emas tu. Dan pantang larang
paling penting, jangan
sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus
atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak
beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain
daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap
sedia emas tu dilelong!
Tips #2 – Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja
Margin
pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah anda perlukan duit
sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah
pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti anda dapat pinjaman berlebihan
yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.
Tips #3 – Satu Emas, Satu Surat Pajak
Kalau
nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3
utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan
anda untuk tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu anda buat satu surat
pajak, anda kena tebus semua sekaligus!
Tapi
kekurangannya ialah anda terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai
tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab anda dan pegawai ar-rahnu
perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya seolah-olah anda membuka 10
akaun bank!
Kaedah yang paling biasa
digunakan.Prosesnya lebih cepat, tak perlu menunggu lama di ar-rahnu.
Kaedah yang memudahkan tebus satu
persatu.
Tips #4 – Survey Upah Simpan Paling Rendah
Setiap
ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke
semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang
kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi.
Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap
ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.
Tips #5 – Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan
Berdasarkan
illustrasi yang saya buat dalam artikel “Cara
Pajak Emas di Ar-Rahnu“, katakanlah anda dapat pinjaman sebanyak RM7,800,
dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya
syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, anda hanya
boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling
bisnes. Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, anda boleh pakai duit tu
jer untuk bayar upah dan renew surat pajak especially bila (1) anda belum dapat
untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik
untuk anda menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas
jatuh mendadak.
Tips #6 – Tebus Emas Secepat Mungkin
Biasanya
ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga
menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya
dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah
simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6
bulan baru tebus. Anda dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.
Tips #7 – Jangan Pajak Emas Berseal
Jangan
sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau anda
buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used gold” dengan susut
nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal
macam emas Public Gold, Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas
semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang
datang dari luar negara.
Tips #8 – Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30
Kalau
ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu anda bayar 30%, dan 70% lagi
dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji
‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik
tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm
untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.
Saya
pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian
begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000 dalam masa 5 tahun hanya
bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan
jer dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu ‘plan’
penjual tu sebenarnya tak praktikal!
Tips #9 – Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM
Untuk
makluman anda, walaupun
ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS
(Central
Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010.
Maksudnya, kalau anda nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana
bank, mereka akan semak rekod CCRIS anda termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau anda
ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10
rekod! Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai
sebab ia akan meninggal rekod buruk bila anda nak buat pinjaman lain nanti.
Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal pada staff
yang in-charge sebab takut mereka anggap anda banyak komitmen hutang.
So,
itulah 9 tips penting sebelum anda memajak emas di ar-rahnu. Plan betul-betul,
dan pastikan anda pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak jer
sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan “teknik ar-rahnu” gara-gara
nak “untung secupak”, tapi akhir sekali terpaksa rugi “segantang”!
Wallahu
a’lam.
sumber: http://www.mohdzulkifli.com
No comments:
Post a Comment