Rahsia
kejayaan seseorang itu adalah usaha keras dan mempunyai semangat yang tinggi.
Cuba untuk bangun seawal waktu pagi untuk pergi ke tempat kerja. Kerana masa
sangat berharga dalam hidup dan gunakan ia sebaik-baiknya agar semua impian dan
cita-cita tercapai. Pendek kata, kita diseru untuk mencari ilmu sebanyak yang
termampu dengan harapan agar ilmu itu kita manfaatkan seadanya.
Sekiranya
kita tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, kita disarankan untuk keluar
bekerja awal pagi agar tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Adakah
anda pernah memikirkan tentang hal ini? Jika ya, anda adalah seorang yang peka
dan mengambil berat akan hal sekeliling. Selain itu, keluar seawal pagi juga
dapat mengelakkan kita tiba lewat di tempat kerja. Maka, hal ini akan mendorong
diri untuk memandu laju walau dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Sekiranya
mahu tiba awal ke tempat kerja, kita perlu keluar awal juga. Contohnya Puan
Aisyah yang keluar rumah seawal pukul 7.00 pagi dengan memandu kereta. Dia akan
tiba ke tempat kerja pukul 8.00 pagi. Puan Aishah mempunyai 30 minit sebelum
waktu kerja bermula. Jadi semua urusan Puan Aishah akan lancar dan teratur.
Penampilannya juga akan kemas dan dia mempunyai keyakinan untuk meneruskan
pekerjaan.
Kemudian,
jika kita menaiki kenderaan awam dan tidak suka dengan keadaan kesesakan yang
terpaksa dihadapai sebelum orang ramai mula keluar, kita harus keluar lebih
awal dari orang lain. Maka, kita dapat sedikit rehat dan boleh duduk di dalam
bas atau komuter dan tidak perlu berebut dengan orang lain. Setidak-tidaknya
kita tidak perlu berdiri sehingga sampai ke tempat kerja. Sebagai contoh Ainah
adalah seorang guru di Petaling Jaya. Dia terpaksa keluar rumah seawal pukul
6.30 pagi, tambahan lagi dia hanya menaiki kenderaan awam. Bagi melancarkan
semua urusan, dia akan keluar awal agar tidak berebut dengan pengguna
pengangkutan awam yang lain.
Sampai
awal ke tempat kerja juga membolehkan kita membuat persediaan sebelum waktu
kerja bermula. Hal ini juga dapat mengelakkan rekod kedatangan kita menjadi
merah kerana sering sahaja sampai lewat. Selain itu, kita juga boleh menyiapkan
urusan kerja yang masih tertangguh. Jadikan amalan ini sebagai tanggungjawab
dalam diri dan kita akan membisakan diri dengannya. Selain itu, penampilan kita
juga akan menjadi kemas jika kita tidak berada dalam keadaan yang kelam-kabut.
Cik Zulaikha baru memulakan kerjanya dengan sebuah badan swasta di Ampang. Dia
baru tamat belajar di sebuah institusi awam dan tidak biasa keluar awal pagi.
Kerana ingin mencapai cita-citanya, dia terpakasa bertindak sedemikian dan
keluar seawal pagi untuk sampai ke tempat kerja. Tambahan pula dia mahu rekod
kedatangannya bersih dan menepati masa.
Di
samping itu, kita juga boleh bersarapan sebaik tiba di tempat kerja. Mungkin
seorang bujang yang tidak sempat menyediakan sarapan di rumah dan hanya
membelinya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Jika tiba awal, perut boleh
dialas dengan makanan yang dibeli. Apabila perut selesa kita dapat bekerja
dengan sempurna dan dan lancar. Contohnya, Noah seorang pekerja bank yang masih
bujang. Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, Noah pasti akan singgah dan
membeli sarapan berdekatan dengan tempat kerjanya. Tambahan pula, Noah perlu keluar
untuk menemui pelanggan. Jika bekerja dalam keadaan perut kosong, semua perkara
mustahil untuk dilakukan. Sekurang-kurangnya Noah mendapat tenaga untuk
memulakan kerja sementara menunggu waktu makan tengahari.
Paling
penting, keluar awal ke tempat kerja juga akan memberikan kita keberkatan dan
rezeki yang melimpah ruah. Kerana Rasulullah pernah bersabda, “Berpagi-pagi
(memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah
amalan supaya memperoleh keberkatan dan dimurahkan rezeki.” Kita tidak
digalakkan untuk tidur sehingga waktu tengahari kerana perbuatan ini akan
membuatkan rezeki semakin menjauh dari kita.
Maka,
untuk sampai awal ke tempat kerja, kita juga diminta untuk tidur awal. Perkara
ini bagi memastikan kita tidak terbabas dari jadual harian. Jika tiada kerja
yang hendak dilakukan pada sebelah malam, tidur yang cukup membantu kita bangun
dengan tenaga yang sepenuhnya pada keesokan hari. Untuk memulakannya kita mesti
mengunci jam loceng. Tetapkan jam pada waktu awal pagi. Lama kelamaan kita
mampu untuk bangun awal tanpa bantuan jam loceng. Jangan pula kita menghabiskan
masa malam untuk berehat dengan keluar dan berseronok bersama kawan-kawan di
luar.
Sumber : usahawan.com
No comments:
Post a Comment