KUALA
LUMPUR:
Emas tidak pernah hilang seri sebagai komoditi pelaburan paling terjamin tidak
kira pada kaunter dagangan mahupun di kalangan pelabur emas fizikal.
Meskipun begitu, dagangan logam berharga itu kini berdepan risiko dilanda kerugian tahunan pertama kalinya dalam sejarah 13 tahun sekiranya corak dagangan lemahnya ketika ini berterusan.
Meskipun begitu, dagangan logam berharga itu kini berdepan risiko dilanda kerugian tahunan pertama kalinya dalam sejarah 13 tahun sekiranya corak dagangan lemahnya ketika ini berterusan.
Adakah
ini merupakan petunjuk bahawa emas semakin hilang tarikannya sebagai lubuk
pelaburan selamat atau adakah trend menurun ini dipacu oleh faktor lebih
positif seperti peningkatan keyakinan pelabur terhadap ekonomi global?
Kali
terakhir dagangan emas menyaksikan kerugian tahunannya adalah pada tahun 2000
yang kemudian diikuti dengan sentimen bullish di pasaran pada tahun berikutnya.
Kejutan
terbaru pula berlaku pada 15 April lalu apabila harga emas jatuh secara mendadak dengan merekodkan
keruntuhan harga terbesar sejak 1993.
Ini
sekaligus membawa kepada kemerosotan tinggi suku kedua tahun ini dengan
kerugian mencecah rekod 44.7 bilion dolar, satu corak dagangan yang telah
menggemparkan pasaran termasuk pelabur veteran.
Menurut
penganalisis pelaburan Philip Futures yang berpangkalan di Singapura, Joyce
Liew, sentimen di kalangan pelabur ketika ini banyak dipacu oleh keyakinan
terhadap kemantapan ekonomi Amerika Syarikat.
Beliau
pada masa sama kurang optimis dengan prestasi dagangan emas sepanjang tahun ini
dan menjangkakan harga emas mungkin mencecah paras sokongan rendah 1107 seaun.
Meskipun
begitu, rekod data yang dikumpulkan oleh Bloomberg membayangkan pasaran
dagangan emas masih mempunyai harapan untuk melantun semula pada separuh tahun
kedua tahun ini melihat kepada corak dagangannya sejak 1981.
Berdasarkan
rekod,dari tahun 1981 sehingga 2000 ,dagangan emas bagi tempoh separuh tahun
kedua biasanya lebih optimis dengan keuntungan purata sebanyak 1.3%.
Ini
berbanding separuh tahun pertama yang biasanya mencatatkan kerugian purata
sebanyak 3.9% bagi tempoh sama.
Jangkaan
ini turut disokong oleh beberapa pemerhati pasaran yang optimis kemerosotan
harga emas ketika ini adalah berikutan lambakan tawaran emas di pasaran bagi
menyokong matawang dolar.
Justeru,
Professor Abdul Halim dari Universiti Multimedia Melaka percaya kedudukan emas
sebagai instrumen pelaburan jangka panjang terjamin tidak akan tergugat.
Pemerhati
pasaran berpendapat pelabur kini perlu mengikuti rapat perkembangan di pasaran
utama antaranya amerika syarikat untuk mendapatkan petunjuk.
Joyce
Liew berkata antaranya perlu peka terhadap perkembangan mesyuarat Pesuruhjaya
Persekutuan Pasaran Terbuka (FMOC) pada Julai dan September ini.
Harga
emas dijangka akan melalui beberapa pusingkan kemerosotan lagi sekiranya
keputusan bank pusat Amerika untuk menarik balik usaha rangsangan dicatitkan
secara rasmi di dalam minit mesyuarat tersebut.
Manakala,
untuk pasaran kembali ke paras bullish pula, dua perkara utama dinjangka akan
melonjakkan harga emas iaitu jika ia mencapai paras rendah atau kadar inflasi
di Amerika meningkat.
Tambah
Joyce lagi, pelabur emas yang mahu melepaskan pegangan di tangan boleh menanam
modal di dalam instrumen lain seperti sektor hartanah.
Dari
aspek pelabur emas fizikal pula, kemerosotan harga emas telah melonjakan
sentimen positif di pasaran dengan ketara dalam tempoh singkat.
Menurut
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng ,yang syarikatnya
terlibat di dalam penjualan jongkong dan syiling emas fizikal, jualan
syarikatnya telah meningkat.
Tambah
Louis lagi, kos pelaburan emas fizikal yang lebih rendah ini juga menjadi
faktor penggalak kepada pelabur kali pertama untuk belajar menanam modal.
Menurut
Professor Abdul Halim Abdul Hamid pula, pembelian agresif emas fizikal akan
turut disumbang faktor bermusim seperti ketibaan Hari Raya Aidilfitiri.
Permintaan
untuk emas dalam bentuk barangan perhiasan juga dijangka menarik ramai pembeli
dengan kemudahan ditawarkan banyak gedung emas yang membenarkan emas dijual
kembali pada harga menarik.
Cerenna
Manickam
http://www.astroawani.com/news/author/cerenna-manickam?cp