Kejatuhan
harga emas terus mendapat perhatian pengulas dan ahli ekonomi. Sebelum ini,
ahli ekonomi, Nouriel Robini meramalkan harga emas terus jatuh, menuju ke arah
AS$1000 pada tahun 2015.
Yang
terbaharu, Daniel Gross yang menulis dalam Newsweek bahawa emas hilang
kilauannya. Satu demi satu tonggak yang mendasari tesis pelaburan emas, hujah
beliau, dipukul jatuh. Ekonomi global perlahan, yang bermakna inflasi masih
terkawal. Krisis di Eropah, walaupun masih dapat diselesaikan, dalam keadaan
terurus. Dan Bernanke (Ben Bernanke) pada bulan lalu memberikan isyarat bahawa
Rizab Persekutuan akan mula mengurangkan usaha rangsangannya segera. Berdentum.
Harga spot emas jatuh di bawah AS$1300, kejatuhan kira-kira satu pertiga
daripada harga puncak.
Sementara
itu, seorang lagi ahli ekonomi, iaitu Kenneth Rogoff menjelaskan bahawa harga
emas pada Julai 2003, kira-kira AS$350 per auns, meningkat hari ini kerana
setiap orang berasa yakin bahawa harganya terus naik esok. Para doktor dan
doktor gigi, tambah Rogoff , mula menjual saham dan membeli syiling emas.
Permintaan terhadap barang kemas emas di India dan China meningkat. Bank-bank
pusat pasaran sedang muncul mempelbagaikan dolar kepada emas.
Rogoff
yang pada Oktober 2010 pernah menulis mengapa harga emas meningkat 300 peratus,
emas dipegang dahulu dan sekarang, bukan untuk tujuan spekulatif, sebaliknya
emas merupakan lindung nilai. “Jika anda merupakan pelabur nilai bersih tinggi,
atau dana kekayaan kedaulatan,” tulis Rogoff, “memang wajar untuk memegang
peratusan kecil aset dalam emas sebagai lindung nilai terhadap peristiwa yang
melampau.”
Keruntuhan
harga emas baru-baru ini, menurut Rogoff, tidak benar-benar mengubah keadaan
untuk melabur dalam emas. Harga emas dengan mudah
jatuh di bawah AS$1000, tetapi kemudian, mungkin meningkat semula. Sementara
itu, para penggubal dasar sepatutnya berhati-hati dalam mentafsirkan kejatuhan
harga emas sebagai keyakinan dalam prestasi mereka.
:
zulkifli-salleh.blogspot.com
No comments:
Post a Comment