Monday, 20 January 2014

IZakat – Bayar Zakat Emas Dengan Applikasi Telefon




PENGGUNAAN telefon pintar tidak lagi terhad untuk membuat panggilan dan menghantar kiriman mesej ringkas sahaja.
Perkembangan teknologi telefon pintar membolehkan pengguna melayari internet melalui sambungan data telekomunikasi dengan harga yang berpatutan. Ia diselarikan dengan penciptaan variasi aplikasi pelbagai kategori seperti permainan, utiliti dan bahan bacaan yang dapat digunakan ketika melakukan kerja seharian atau berhibur pada waktu senggang. “Tidak dinafikan, kecanggihan telefon pintar kini banyak membantu pengguna dalam melakukan urusan seharian. Sama ada membayar bil-bil, membaca surat khabar harian atau bermain permainan video,” ujar Eksekutif Hartanah, Syazwan Arifin, 27, ketika ditemui Infiniti di pejabatnya di Kuala Lumpur baru baru ini.
Dia menambah, kebanyakan syarikat korporat dan perbankan mula beralih kepada penciptaan aplikasi dengan fungsi yang ringkas dan mudah, sesuai dengan peranti telefon bimbit. “Sebagai contoh, bank-bank utama seperti Maybank Berhad dan CIMB mempunyai aplikasi sendiri. Begitu juga syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia yang membolehkan pengguna membeli tiket dalam talian menggunakan aplikasi tersebut,” kongsi pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu. Berdasarkan kajian laman carian Google, kadar penembusan telefon pintar di Malaysia meningkat hampir 300 peratus sejak tahun 2011.
 VARIASI aplikasi boleh didapati dalam telefon pintar seiring dengan kepesatan teknologi maklumat.

Rakyat Malaysia mendahului Amerika Syarikat dan England dengan peratusan penggunaan telefon pintar yang tinggi. Kajian itu memperincikan setiap tiga penduduk Malaysia memiliki telefon pintar. Ia jauh berbeza pada dua tahun lalu apabila hanya satu daripada 10 orang mempunyai alat komunikasi canggih tersebut. Seiring dengan peralihan itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan aplikasi iZakat sebagai medium baharu pembayaran zakat.
Percuma
Ia boleh dimuat turun secara percuma bagi pengguna telefon pintar Iphone dan Android menerusi aplikasi App Store dan Google Play. Ia dilancarkan pada 14 Disember 2013 dan dibangunkan sendiri oleh Unit Pembangunan Web dan Multimedia PPZ-MAIWP manakala bagi pembayaran mobil dibiayai oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan dibangunkan oleh Dapat Vista Sdn. Bhd. Menurut Eksekutif Pembangunan Web PPZ-MAIWP, Mohd. Hafizullah Kamaruddin, aplikasi iZakat mengambil masa empat bulan untuk disiapkan. “Segala perisian dan maklumat yang terdapat dalam aplikasi tersebut adalah sama seperti dalam portal PPZ-MAIWP. Bagaimanapun, kami ringkaskan beberapa fungsi memandangkan sesuatu aplikasi perlu lebih padat dan ringan agar mudah dimuat turun pengguna,” ujarnya.
Pembayaran
Antara aplikasi yang boleh diperoleh melalui iZakat ialah Zakat2u, kalkulator pengiraan zakat, info zakat dan lokasi kaunter zakat. “Sejurus memuat turun aplikasi, pengguna boleh terus melakukan pembayaran dengan mengisi beberapa maklumat asas. Ia akan disimpan dalam pangkalan data kami untuk kegunaan pembayaran seterusnya. “Bagi pembayaran bulan berikutnya, mereka hanya perlu memasukkan kad pengenalan sahaja,” katanya.
APLIKASI iZakat boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Google Play.

Pada bahagian Zakat2U, terdapat tiga maklumat penting iaitu Taksir Zakat, Bayar Zakat dan Semak Penyata Zakat. “Dalam ruangan Taksir Zakat, pengguna boleh membuat taksiran pelbagai jenis zakat harta seperti pendapatan, wang simpanan, perniagaan, emas, saham dam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Taksiran itu akan disimpan dalam Rekod Taksiran,” jelas Mohd. Hafizullah.
Tambahnya, Bayar Zakat merupakan ruangan yang penting dan menjadi tumpuan utama pengguna. Pengguna boleh membuat bayaran zakat dalam talian melalui saluran FPX atau kad kredit. “Buat masa sekarang, pihak PPZ-MAIWP hanya menerima bayaran melalui kad kredit dari perbankan Islam,” jelasnya.
Selepas melakukan pembayaran zakat, pengguna boleh melihat rekod bayaran rasmi mereka menerusi ruangan Semak.
“Rekod tersebut boleh dilihat selepas tiga hari pembayaran di iZakat. Bagi resit asli pula, ia akan dihantar ke alamat anda selepas 14 hari pembayaran dibuat,” kata Mohd. Hafizullah. iZakat turut menyediakan kalkulator bagi mengira jumlah bayaran yang perlu dibayar mengikut pendapatan tahunan yang diisi sendiri oleh pengguna. Pengiraan tersebut merangkumi semua pecahan zakat harta. “Sebagai contoh pengiraan zakat pendapatan akan meliputi maklumat seperti tahun haul mengikut nisab, pendapatan kasar, penolakan perbelanjaan setahun dan taksiran,” katanya. Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat tambahan mengenai zakat, kaedah pembayaran lain dan informasi mengenai PPZ-MAIWP disertakan dalam ruangan Info.
 sumber: hargaemas.com.my

Harga Emas Dijangka Naik $1600 Dolar Satu AUNS Pada Januari 2014




Harga emas dijangka naik $1400 minggu depan dan mencecah $1600 dolar pada Januari 2014 dari trend analisa harga emas yang kian mengukuh.
Sifat harga emas adalah naik turun dalam jangkamasa pendek, tapi dalam jangkamasa panjang apabila emas mulai naik setelah berada pada paras harga terendah, bottom line adalah akan terus meningkat naik.
Harga emas semasa adalah $1375 satu auns. Tinjauan harga emas mendapati harga emas akan naik $1400 dolar satu auns minggu hadapan, menokok naik $1475 dolar satu auns pada pertengahan september dan mencecah $1600 us/oz pada Januari 2014.
Tinjauan ramalan emas ini adalah daripada berita pada 16 ogos 2013 yang bertajuk METALS OUTLOOK: Gold Prices May Add To Gains Next Week. Harga emas bertambah naik minggu hadapan.Ringkasan daripada berita tersebut :
A strong rally in gold, particularly toward the end of the week, could have enough momentum to keep going next week and could set the stage for an eventual target of the $1,400-an-ounce area.
Erik Swarts, pengasas penyelidikan pasaran tapak Antropologi berkata forecast spot silver to rise to $24 by mid-September and $27 by Jan. 1, while he forecast spot gold to rise to $1,475 by mid-September and $1,600 by Jan. 1.
Harga emas naik adalah kerana kekukuhan harga emas di pasaran dunia.Kekukuhan harga emas pada penghujung minggu ini, memberi momentum yang mencukupi untuk harga terus meningkat minggu depan dan boleh menetapkan paras harga sasaran akhirnya kepada $ 1,400 satu auns. Dalam Kitco News Gold Survey, daripada 36 peserta, 25 memberi maklum balas minggu ini. Daripada mereka 25 orang peserta, 21 melihat harga emas naik, manakala dua melihat harga akan turun dan dua melihat harga emas stabil atau neutral. Peserta pasaran termasuk peniaga bulion, bank pelaburan, peniaga niaga hadapan, pengurus wang dan penganalisis teknikal carta. Faktor kenaikkan harga emas minggu hadapan dan bulan berikutnya adalah kerana permintaan di Asia yang kuat, pembubaran ETF(pertukaran dana dagangan) telah reda, berita galakkan membeli emas oleh pengurus dana John Paulson, yang mempunyai kedudukan yang terbesar dalam ETF, ketegangan perang saudara di Mesir dan analisa teknikal harga emas.
Berita analisa harga emas lain yang bertajuk Gold bulls are back again, US gold futures could target $1450 pada 16 Ogos 2013  juga meramalkan harga emas akan naik antara $1400 per auns hingga $1450 per auns dalam masa empat hingga lima minggu akan datang.
Petikan berita emas tersebut .“John Bridges and Anant Inani has said that “We encourage shorter-term investors to consider getting long in the gold space with a four to five week timehorizon.” According to MacNeil Curry of Bank of America, Gold is expected to go to $1400 to 1450 per ounce levels and gives three reasons to be bullish on gold.”
 Sumber: hargaemas.com.my