PENGGUNAAN telefon pintar tidak lagi terhad untuk membuat panggilan dan
menghantar kiriman mesej ringkas sahaja.
Perkembangan teknologi telefon pintar membolehkan pengguna melayari
internet melalui sambungan data telekomunikasi dengan harga yang
berpatutan. Ia diselarikan dengan penciptaan variasi aplikasi pelbagai
kategori seperti permainan, utiliti dan bahan bacaan yang dapat digunakan
ketika melakukan kerja seharian atau berhibur pada waktu senggang. “Tidak
dinafikan, kecanggihan telefon pintar kini banyak membantu pengguna dalam
melakukan urusan seharian. Sama ada membayar bil-bil, membaca surat khabar
harian atau bermain permainan video,” ujar Eksekutif Hartanah, Syazwan Arifin,
27, ketika ditemui Infiniti di pejabatnya di Kuala Lumpur baru baru ini.
Dia menambah, kebanyakan syarikat korporat dan perbankan mula beralih
kepada penciptaan aplikasi dengan fungsi yang ringkas dan mudah, sesuai dengan
peranti telefon bimbit. “Sebagai contoh, bank-bank utama seperti Maybank
Berhad dan CIMB mempunyai aplikasi sendiri. Begitu juga syarikat penerbangan
Malaysia Airlines dan AirAsia yang membolehkan pengguna membeli tiket dalam
talian menggunakan aplikasi tersebut,” kongsi pemuda kelahiran Kota Bharu,
Kelantan itu. Berdasarkan kajian laman carian Google, kadar penembusan
telefon pintar di Malaysia meningkat hampir 300 peratus sejak tahun 2011.
VARIASI aplikasi boleh didapati dalam telefon pintar seiring dengan
kepesatan teknologi maklumat.
Rakyat Malaysia mendahului Amerika Syarikat dan England dengan peratusan
penggunaan telefon pintar yang tinggi. Kajian itu memperincikan setiap tiga
penduduk Malaysia memiliki telefon pintar. Ia jauh berbeza pada dua tahun
lalu apabila hanya satu daripada 10 orang mempunyai alat komunikasi canggih
tersebut. Seiring dengan peralihan itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan aplikasi iZakat sebagai
medium baharu pembayaran zakat.
Percuma
Ia boleh dimuat turun secara percuma bagi pengguna telefon pintar Iphone
dan Android menerusi aplikasi App Store dan Google Play. Ia dilancarkan
pada 14 Disember 2013 dan dibangunkan sendiri oleh Unit Pembangunan Web dan
Multimedia PPZ-MAIWP manakala bagi pembayaran mobil dibiayai oleh pihak Unit
Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan dibangunkan
oleh Dapat Vista Sdn. Bhd. Menurut Eksekutif Pembangunan Web PPZ-MAIWP,
Mohd. Hafizullah Kamaruddin, aplikasi iZakat mengambil masa empat bulan untuk
disiapkan. “Segala perisian dan maklumat yang terdapat dalam aplikasi
tersebut adalah sama seperti dalam portal PPZ-MAIWP. Bagaimanapun, kami
ringkaskan beberapa fungsi memandangkan sesuatu aplikasi perlu lebih padat dan
ringan agar mudah dimuat turun pengguna,” ujarnya.
Pembayaran
Antara aplikasi yang boleh diperoleh melalui iZakat ialah Zakat2u, kalkulator pengiraan zakat, info zakat dan lokasi kaunter zakat. “Sejurus memuat turun aplikasi, pengguna boleh terus melakukan pembayaran dengan mengisi beberapa maklumat asas. Ia akan disimpan dalam pangkalan data kami untuk kegunaan pembayaran seterusnya. “Bagi pembayaran bulan berikutnya, mereka hanya perlu memasukkan kad pengenalan sahaja,” katanya.
Antara aplikasi yang boleh diperoleh melalui iZakat ialah Zakat2u, kalkulator pengiraan zakat, info zakat dan lokasi kaunter zakat. “Sejurus memuat turun aplikasi, pengguna boleh terus melakukan pembayaran dengan mengisi beberapa maklumat asas. Ia akan disimpan dalam pangkalan data kami untuk kegunaan pembayaran seterusnya. “Bagi pembayaran bulan berikutnya, mereka hanya perlu memasukkan kad pengenalan sahaja,” katanya.
APLIKASI iZakat boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan
Google Play.
Pada bahagian Zakat2U, terdapat tiga maklumat penting iaitu Taksir
Zakat, Bayar Zakat dan Semak Penyata Zakat. “Dalam ruangan Taksir Zakat,
pengguna boleh membuat taksiran pelbagai jenis zakat harta seperti pendapatan,
wang simpanan, perniagaan, emas, saham dam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Taksiran itu akan disimpan dalam Rekod Taksiran,” jelas Mohd. Hafizullah.
Tambahnya, Bayar Zakat merupakan ruangan yang penting dan menjadi
tumpuan utama pengguna. Pengguna boleh membuat bayaran zakat dalam talian
melalui saluran FPX atau kad kredit. “Buat masa sekarang, pihak PPZ-MAIWP
hanya menerima bayaran melalui kad kredit dari perbankan Islam,” jelasnya.
Selepas melakukan pembayaran zakat, pengguna boleh melihat rekod bayaran
rasmi mereka menerusi ruangan Semak.
“Rekod tersebut boleh dilihat selepas tiga hari pembayaran di iZakat.
Bagi resit asli pula, ia akan dihantar ke alamat anda selepas 14 hari
pembayaran dibuat,” kata Mohd. Hafizullah. iZakat turut menyediakan
kalkulator bagi mengira jumlah bayaran yang perlu dibayar mengikut pendapatan
tahunan yang diisi sendiri oleh pengguna. Pengiraan tersebut merangkumi semua
pecahan zakat harta. “Sebagai contoh pengiraan zakat pendapatan akan
meliputi maklumat seperti tahun haul mengikut nisab, pendapatan kasar,
penolakan perbelanjaan setahun dan taksiran,” katanya. Pengguna juga boleh
mendapatkan maklumat tambahan mengenai zakat, kaedah pembayaran lain dan
informasi mengenai PPZ-MAIWP disertakan dalam ruangan Info.
sumber: hargaemas.com.my
No comments:
Post a Comment