Thursday, 26 July 2012
Ukuran Ketulenan Emas dan Perak
APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½ (22.8K)
( c ) 916.6 Emas Singapura22K mengikut ukuran lama
( d ) 875 (21K)
( e ) 835 (20K)
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
cara mengira peratus ketulenan emas bergantung pd karat = nilai karat/24 x 100%
contoh, peratus ketulenan emas 875 (21K) = 21/24 x 100 = 87.5% kandungan emas
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.
STANDARD KETULENAN PERAK
( a ) 958.4
( b ) 925
( c ) 830
( d ) 800
STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.
CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN (24Karat)
CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT1000
Contoh Pengiraan :Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).750 X 24 = 18K1000
Nama-nama lama panggilan kepada Emas :
Emas 1 Dinar = 4.25gm
Emas Se Amas = 2.551 gm
Emas Se Rial =2.70 gm
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )
Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
sumber: hargaemas.com.my
Keistimewaan Emas&Sebab Perlu Simpan Emas
APAKAH KEISTIMEWAAN EMAS?
1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga
3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.
4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya
5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi
6.Mudah untuk menukarkan kepada duit
7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya.
“Emas tidak boleh membuatkan anda kaya dengan serta merta tetapi ia boleh mengelakkan anda dari terus miskin”
SEBAB APA PERLU SIMPAN EMAS?
1.Nilai wang semakin jatuh
Wang mengalami susut nilai..amat rugi simpan wang kertas..ditambah inflasi..semakin lama semakin byk wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg..(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak..inilah cth paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)
2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang
Pelaburan yang amat selamat..tk buat apa-apa pun hrganya naik..simpan di ASB hnya dpt 8% dividen..tolak inflasi..tidak ada apa yg tinggal..kenaikan hrga emas 20%-36% setahun..
3.Emas adalah aset yg mudah cair
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampun tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat
4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.
5.Pelindung kekayaan
Emas bernilai utk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yg baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.
6.Portfolio Pelaburan dan Pendapatan
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.
KENAPA PERLU MENYIMPAN PERAK DARI SEKARANG?
Disunting dari sumber : Howard Ruff, The Ruff Times
27 April 2011 08:54
Mengapa Perak sebagai komoditi pelaburan?
Perak lebih menguntungkan berbanding emas
Sejarah telah membuktikan :
Tidak semua orang mampu membeli emas kecuali orang yang kaya dan bank-bank pusat.
Perak masih jauh lebih murah berbanding emas, ini bermakna pemilikan koin perak lebih menguntungkan.
Perak mempunyai faedah sebagai pelindung nilai inflasi dengan pertimbangan berikut:
a. Pasaran perak masih jauh lebih kecil, dan tidak memerlukan wang yang banyak untuk dipindahkan ke perak sebagai pelaburan untuk dipasarkan.
b. Beberapa tahun perak telah mengalahkan emas secara dramatic, bermula dengan $ 3 ons kini berada lebih dari $ 40 per ounce.
c. Perak juga merupakan industri logam yang sangat penting dengan lebih daripada 3,000 industri terkini menggunakan perak.
d. Kerajaan tidak pernah memandang perak, walaupun mereka telah merampas emas. Usah khuatir (PE ada simpanan yang banyak), anda akan merasa lebih selamat dengan perak daripada emas.
e. Tambahan kerajaan sebenarnya tidak bersedia untuk melombong perak. Perak banyak berada di atas muka bumi akibat daripada perkembangan industri berasaskan perak
f. Berdekad lamanya perak lebih banyak digunakan sebagai wang berbanding emas. Syiling perak menjadi common denominator wang di kebanyakan tempat dan masa berbanding emas.
g. Perak dijangka akan menewaskan atas keuntungan emas sekitar nisbah 00:57. Marilah kita menyisihkan sedikit wang fiat untuk disimpan dalam nilai perak.
Apakah jenis perak harus anda beli?
Oleh kerana mahukan pasaran antarabangsa, kita bolehlah memandang kepada perak helang Amerika dan syiling perak asing yang boleh dibeli dari penjual syiling, kerana ia juga mudah dijual semula. Harga berfluktuasi dan boleh dijual setiap jam dan mudah mendapatkan pelanggan.
Sampai bila kita mahu memandang perak?
Harga perak masih berada dalam bullmarket. Selagi ada kenaikan selagi itu ada harapan bergantung kepada dasar kerajaan selagi kerajaan masih mengagung-agungkan wang fiat selagi itulah kita mendapat faedah menyimpan perak.
Dimana mahu simpan perak?
Simpanlah dari tempat yang selamat dan jauh dari perhatian pencuri. Jangan simpan dalam kotak simpanan keselamatan di bank-bank kerana ia tidak akan selamat jika kerajaan akan memutuskan menggantikan perak sebagai pengganti wang fiat. Dewasa ini perak hanya dianggap komoditi lain.
Semua pihak termasuk kerajaan bebas menghasilkan dan menjual syiling perak. Tapi mereka tidak mempunyai stok, sehingga memaksa mereka membeli di pasaran bebas seperti yang kita lakukan.
Perak mampu dibeli oleh orang kebanyakan berbanding emas. Ini satu kelebihan untuk membangunkan industry perak standing dengan emas.
Perlukah kita menjual beli perak dalam masa terdekat?
Jangan hiraukan tentang kenaikan harga dan menjual tergesa-gesa kerana arah pasaran perak adalah bullmarket yang tidak aka nada kesudahannya melainkan kerajaan mewartakan perak sebagai wang.
Perak komoditi warisan keluarga?
Kepada teman-teman, saya mencadangkan supaya perak menjadi komoditi warisan keluarga kerana harga akan terus naik tanpa henti
3 Info Tentang Perak
Kalau kita tanya 10 orang, “Mengapa anda perlu menyimpan perak?”, anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza-beza. Kemungkinan besar kebanyakan mereka yang akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.
Kebanyakan kita tidak memahami motivasi untuk menyimpan perak. Pada masa yang sama, sekiranya anda seorang pelabur, kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan perlu diteliti dengan sebaiknya. Banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang perak akan meningkat lebih tinggi untuk akhir tahun ini.
Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan perak di dalam portfolio simpanan atau pelaburan anda:
1) Inflasi:
Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion perak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat.
Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai“Penyimpan Nilai”. Pelaburan perak yang menyimpan nilai ini akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.
2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:
44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil perlombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat. Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global.
Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah di mana ia akan kehilangan yang selama-lamanya.
3) Kemunculan China dan India.
Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas. Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa.
China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak. Apa yang rakyat China tahu yang kita tak tahu? Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak – terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.
Saya harap penjelasan 3 sebab utama perlu menyimpan perak/silver membantu menambah ilmu kewangan dan pelaburan anda. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan perak/silver, saya mencadangkan anda dapatkan ebook Pelaburan Silver. Saya sendiri telah memilikinya.
Selamat menyimpan perak
Berat dan Timbangan
1 kg bersamaan dengan
= 1000g = 32.15 troy oz = 235.29 dinar = 336.13 dirham
1 troy oz bersamaan dengan
= 31.1g = 1.1 oz = 7.32 dinar = 10.45 dirham
1 oz bersamaan dengan
= 28.35g = 0.91 troy oz = 6.67 dinar = 9.53 dirham
1 pennyweight (dwt) bersamaan dengan
= 1.55517384 grams
1 dinar bersamaan dengan
= 4.25g = 0.14 troy oz = 0.15 oz = 1.43 dirham
1 dirham bersamaan dengan
= 2.975g = 0.096 troy oz = 0.105 oz = 0.7 dinar
1 nifsu bersamaan dengan
= 1.4875g = 0.0478 troy oz = 0.0525 oz 0.35 dinar = 0.5 dirham
** {{ 12 uqiyah = 500 dirham; nasya = 1/2 uqiyah}} **
1 uqiyah bersamaan dengan
= 123.958g [Pengiraan = 500 dirham / 12 uqiyah X 2.975g]
= 3.99 troy oz = 4.37 oz = 29.17 dinar = 41.67 dirham = 2 nasya
1 nasya bersamaan dengan
= 61.979g = 1.99 troy oz = 2.19 oz = 14.58 dinar = 20.83 dirham
** - Sumber HR. Muslim
Abu Salamah bin Abdurrahman berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah, isteri Nabi SAW, “Berapakah nilai mahar yang diberikan Rasulullah?
Aisyah menjawab, “Mahar yang baginda diberikan untuk isteri-isterinya sebesar 12 uqiyah dan nasya. Aisyah berkata, Apakah engkau tahu apakah nasya itu?
Aku berkata, “Tidak?
Kata Aisyah, “Nasya adalah ½ uqiyah. Maka nilainya sekitar 500 dirham. Demikianlah mahar Rasulullah untuk isteri-isterinya.
Zakat Emas (Bahagian 1)
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.
3. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000= RM400
2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)
http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/zakat-emas-perak/
Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012
• Hampir 99% masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan dan servis adalah semakin murah hari demi hari. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga barangan dan servis semakin murah hari demi hari.
• Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM30.00, dan RM1.00 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM180.00, dan RM1.00 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!
• Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan ~RM30,000.00 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000.00 dan ~RM60,000.00 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!
• Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00 dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!
• Maka, jangan merungut jika harga barangan menjadi semakin mahal lagi. Anda hanya perlu membezakan apa itu ‘wang’ dan apa itu ‘matawang’. JADI BIJAK!
- by Carl Samsudin (Monetary System Specialist)
Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Harga Belian (al-Thaman)
1. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
Barang Belian (al-Muthman)
2. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
3. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:
i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.
ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.
iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
Sighah
5. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
6. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
7. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.
Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi
10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:
i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.
ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.
Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:
Syarat Pertama: Taqabudh
11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.
12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:
a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.
Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.
Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.
13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:
a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.
Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.
Syarat Kedua: Secara Lani
15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.
16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.
17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.
ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.
iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.
iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.
Akad Dan Unsur Sampingan
18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.
19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.
20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.
21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.
22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.
sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas
Wednesday, 25 July 2012
100 Billion Tiada Nilai
Lihat dan fikir. Inilah
yang pernah terjadi di Zimbabwe. Angkanya besar sangat tapi tiada nilai.
Sehinggakan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas untuk meneruskan
kelangsungan hidup seharian. Bayangkan, mereka kerja keras untuk
dapatkan duit tapi kecil nilai duit mereka. Ditambah pula kenaikan harga
barangan. Semoga perkara ini tidak terjadi di Malaysia. Tapi apakah
tindakan anda? Terus simpan duit kertas? Tiada simpan aset seperti emas,
hartanah dll? Jika tiada, bersiap sedialah menerima nasib seperti ni.
Tiada apa yang mustahil!
Berapa ratus trilion untuk sebuku roti? What??
Padan muka korang pilih aku...rasakan! Hahaha!
Kecik-kecik da mampu pegang duit banyaaak sangaat
Kira-kira berapa jumlah. Cepat belajar sebab budak ni main angka besar!
Ini adalah kertas yang ada padanya adalah nota janji yang diberikan oleh kerajaan saya. Besar ke nilainya?
Saya memang tersangat kayakan? Tapi pada mata kasarnya....saya miskin!
Aku boleh pegang 10 juta beb! Kau ada? Hahaha!
Ada lagi niiii...60 jutaaaa!!! Aku kaya gilaaa!! Hahaha!
Walaupun aku nampak macam kaya tapi....10 juta Zimbabwe aku laku ditukarkan hanya 10 Dollar atau RM30 jeeee...Sedih sangat!!!!
Lebih dari trillion ni
abg! Tak tau apa nak sebut...zillion kot...tolonglah angkat, berat
sangat ni! Kalau ada emas,tak delah berat sangat
Leceh betollah! Asal nak
pi keluar je, kena bawa duit bebanyak...kena isi dalam beg
lagik...aiyya...negara lain tak delah teruk sangat inflasinya..Menyesal
tak simpan emas...padan muka akuu!
Letih aku bawa macam ni hari-hari!!!! Ntah berapa kilo nii.. Kalau emas main gram jee...ringan beb!
Nahhhh....amik ko!!
50 juta...bangga jap walaupun tak de nilai sangat berbanding emas...haha!
Perkara biasa jika korang beli barang dekat sini. Berjuta regenya..hehe
Sedihnya nilai terlampau besar tapi nilai kurang sangaaat
Inilah individu yang bertanggungjawab kesan inflasi ni...Mugabe!
Kaya sangat aku ni! Mental jap dapat pegang 100 Billion!!
Wow! 3 biji telur untuk 100 Billion!
Bagi laluan untuk aku letak duit!!
Sekali makan, 1 billion lebih...membazirkah aku???
Sapa nak, amiklah
Yeahhh!! Dapat Duit baru!! Nilai tak besar macam dulu...tinggi gila inflasi!!!
Tapi macam sama
je...walaupun angka kurang tapi kepingan kertas macam lebih kurang sama
banyaknya...aiyayaya...4 biji tomato untuk berpuluh keping kertas...
Hanya sebuku roti untuk ketebalan duit ni...
Tiada apa yang perlu dibangga...sedih lagi adalah!
Emmm...
Sudahkah anda bersedia mengalami seperti mereka? Jika anda simpan aset, Insyaallah anda selamat seperti diatas. Sebab aset bertindak sebagai follower kepada inflasi. Dengan kata lainnya, aset kalis inflasi.Simpan EMAS sekarang sebelum duit kertas tiada NILAI!
sumber: emasgram.blogspot.com/
Monday, 9 July 2012
Simpanan Emas VS ASB Dengan Bermodalkan RM10,000
Masih banyak respon dari
pengunjung blog & rakan-rakan yang saya terima dimana masih sukar untuk
membezakan keuntungan dari pelaburan/simpanan emas dengan pelaburan-pelaburan
lain. Saya tertarik dengan satu artikel oleh rakan saya (admin @
publicgoldsarawak berkenaan perbandingan keuntungan simpanan
emas vs ASB. Diharap artikel ini dapat membantu anda sebelum membuat pelaburan emas .
Kenapa saya bandingkan dengan
ASB? Tujuannya kerana ASB merupakan choice kita terutamanya di kalangan
bumiputera untuk melabur untuk masa depan. Untuk contoh perbandingan ini saya
mengandaikan jika kita menggunakan modal RM10,000 untuk
kedua-dua pelaburan ini.
Perbandingan
1. Anda hanya akan mendapat pulangan
maksimum ASB seperti ilustrasi ini jika anda tidak WITHDRAW duit ini dari
akaun. Jika anda withdraw maka perolehan untung semakin bekurang. (profit base
on pro rata)..
2. Berbanding dengan emas, walaupun
anda menukar dalam bentuk cash e.g pegi ke Ar-Rahnu harga emas tetap naik. Even
setelah anda tebus balik emas tersebut harga emas anda tetap akan naik. =)
3. Keuntungan ASB semakin hari semakin
susut. Dulu memang benar pulangan konsisten 10% tapi sekarang 7% dah menjadi
lumrah atau dalam englishnya the highest that you can get.. 4. Berbanding
dengan kenaikan harga emas.. Secara purata kenaikan adalah dalam lingkungan
20-30% setahun. Saya gunakan data harga kijang emas sebagai rujukan. Data
diperoleh daripada BNM Statistics.

4. Berbanding dengan kenaikan harga emas.. Secara purata kenaikan adalah
dalam lingkungan 20-30% setahun. Saya gunakan data harga kijang emas sebagai
rujukan. Data diperoleh daripada BNM Statistics.
Andaikan anda membeli
100
gram pada tahun 2001:
Tahun 2001 – RM3,600
Tahun 2002 – RM4,460
Tahun 2003 – RM5,395
Tahun 2004 – RM5,678
Tahun 2005 – RM6,614
Tahun 2006 – RM7,611
Tahun 2007 – RM9,492
Tahun 2008 – RM10,289
Tahun 2009 – RM12,547
Tahun 2010 – RM14,087
5. Anda rasa selamat jika letak
duit dalam ASB? Fikir sekali lagi.. Kita sebenarnya di rompak oleh inflasi..
Kadar kenaikan inflasi di Malaysia dalam lingkungan 2-3% setahun.
Bermaksud kuasa beli semakin berkurang. Contoh paling senang nak bagi anda
faham, assume dividen kita setiap tahun dalam RM800.
Kuasa beli RM800 pada tahun 2001
adalah lebih banyak e.g pada masa tu harga barang murah, minyak murah dll..
Kuasa dividen yang sama kita dapat RM800 pada tahun ini 2010.. Agak-agak sama
tak kuasa beli dengan tahun 2001, 2002, 2003 dan seterusnya? Yup, anda dah
geleng kepala menandakan anda setuju dan faham dengan statement saya. Terima
kasih! =)
Kesimpulan:
Emas yang sama seberat 100 gram dibeli tahun 2001,
setelah 9 tahun berat yang sama tapi value nya yang sungguh berbeza dan
menakjubkan.. So, dah nampak kenapa sangat best simpan aset dalam emas? =)
Sumber: publicgoldsarawak.com
Sumber: publicgoldsarawak.com
Subscribe to:
Posts (Atom)