Hari ini kalau ada yang
berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’
berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’
menguasai seluruh kehidupan manusia.
“ Apa itu wang kertas?”
wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh
soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari
segi sejarah.
Sejarah mencatatkan
bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang
digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di
bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian
dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka
pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.
Namun, penggunaannya
berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu
Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih
kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Namun, sejarah wang
kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika
Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata
bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat
misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal
Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan
rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh
syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan)
ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata.
Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
Jabatan ini kemudiannya
mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak
wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB)
atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah
bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh
dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang
berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan penubuhan
FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai
Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang
Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia
pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah
Uthmaniah.
Peristiwa demi
peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis
ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian
Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk
menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan
bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Negara-negara dunia
tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing
seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan,
International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel
mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara
Palestin yang sah.
Seterusnya pada 1971,
kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang
Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi
terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan
rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah.
Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara
menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika
Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik
bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna
Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara
unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971,
dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan
oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua
matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai
sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu
bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil
seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa
liciknya permainan ini.
Pun begitu apa jua tipu
daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam
al-Quran,Firmannya :
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
Maksudnya :
“Orang-orang yang
beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di
jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya
syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76]
Sekarang,
‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula
mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai
intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan
dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di
atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa
pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan
manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan
pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah,
sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang,
tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
Wang kertas digelar
fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu
dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik
wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua
urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan
terhadapnya. Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa
kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi
berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Sejarah membuktikan
bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur
lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan
dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi
sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’
yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras.
Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang
pernah melalui pengalaman buruk itu.
Selain wang kertas,
wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun,
hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad
plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya
mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak
berperikemanusian.
Krisis ekonomi Asia
pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi
menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu
langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun
berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan
1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi
lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi
kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah
mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang
itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah.
Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang
fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi
ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah kerajaan
mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar
dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak
wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa
beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita
membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini
menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli
hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000
sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini,
gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan
banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda
berbanding peningkatan dalam pendapatan.
Orang sekarang berkerja
siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih
berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank
atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau
institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana
hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar pengangguran dan
kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua
ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara
tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan
golongan tidak berada.
Jelas wang kertas
adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat
meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton
Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah
penipuan terbesar dalam sejarah manusia.
“Sampai bila kita mahu terus ditipu oleh
mereka yang sekarang membeli emas, minyak dan gas daripada negara Islam dengan
hanya menggunakan kertas-kertas tidak bernilai,” tegasnya.
sumber : aljufrijb
Hubungi saya untuk maklumat lanjut: 018-2500 317
No comments:
Post a Comment