Sepasang suami isteri di California, Amerika Syarikat menjumpai sejumlah
syiling emas yang bernilai 10 juta dolar Amerika (atau RM32.7 Juta ringgit) di
dalam tin yang ditanam dibawah sebatang pokok tua di halaman rumah mereka.
Syiling emas tersebut ditemui didalam kira-kira 8 tin secara tidak
sengaja.
Suatu petang pasangan tersebut membawa anjing mereka bersiar sebelum
terlihat kilauan cahaya dibawah pokok dan mereka menggali dan menemui tin-tin
besi berkarat yang disusun dengan cermat dan didalamnya berisikan syiling emas
pelbagai nilai.
Lokasi dan nama pasangan tersebut dirahsiakan kerana bimbang penggali
emas moden akan datang ke halaman mereka membawa mesin metal detector untuk
mencari harta karun lain yang mungkin tertanam di tanah tersebut
Pasangan bertuan itu merancang untuk membelanjakan sebahagian besarnya
dan menderma kepada badan kebajikan
Syiling $5, $10 dan $20 itu diperbuat daripada emas yang bertarikh
antara 1874 hingga 1894. Jumlah yang ditemui ialah sebanyak 1, 427 keping.
No comments:
Post a Comment