Wednesday, 19 March 2014

9 Tips Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu



Sebelum pajak emas, anda perlu tahu duit pajak ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Kalau harga emas naik, anda boleh buat overlaps. Dan overlaps adalah pertambahan hutang, bukan “passive income” sebagaimana salah faham oleh sesetengah orang. Artikel ni adalah sambungan artikel “Cara Memajak Emas di Ar-Rahnu“. Sebelum memajak emas, ini 9 tips penting yang anda perlu tahu:

Tips #1 – Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai

Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila (1) harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah, atau (2) nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan. Kalau sebab lain, saya tak syorkan melainkan anda dah kenalpasti sumber ‘pendapatan’ yang akan digunakan untuk tebus balik emas tu. Dan pantang larang paling penting, jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!

Tips #2 – Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja

Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah anda perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti anda dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #3 – Satu Emas, Satu Surat Pajak

Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan anda untuk tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu anda buat satu surat pajak, anda kena tebus semua sekaligus!
Tapi kekurangannya ialah anda terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab anda dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya  seolah-olah anda membuka 10 akaun bank!

 Kaedah yang paling biasa digunakan.Prosesnya lebih cepat, tak perlu menunggu lama di ar-rahnu.

Kaedah yang memudahkan tebus satu persatu.

Tips #4 – Survey Upah Simpan Paling Rendah

Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.

Tips #5 – Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan

Berdasarkan illustrasi yang saya buat dalam artikel “Cara Pajak Emas di Ar-Rahnu“, katakanlah anda dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, anda hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes. Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, anda boleh pakai duit tu jer untuk bayar upah dan renew surat pajak especially bila (1) anda belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk anda menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas jatuh mendadak.

Tips #6 – Tebus Emas Secepat Mungkin

Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Anda dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #7 – Jangan Pajak Emas Berseal

Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau anda buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam emas Public Gold, Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang datang dari luar negara.

Emas KFH dan Pamp Suisse antara emas yang berseal – tak sesuai di pajak.

Tips #8 – Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30

Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu anda bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.
Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000 dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan jer dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu ‘plan’ penjual tu sebenarnya tak praktikal!

Tips #9 – Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM

Untuk makluman anda, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau anda nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS anda termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau anda ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod! Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggal rekod buruk bila anda nak buat pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal pada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap anda banyak komitmen hutang.
So, itulah 9 tips penting sebelum anda memajak emas di ar-rahnu. Plan betul-betul, dan pastikan anda pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak jer sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan “teknik ar-rahnu” gara-gara nak “untung secupak”, tapi akhir sekali terpaksa rugi “segantang”!
Wallahu a’lam.

sumber: http://www.mohdzulkifli.com 

Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu



Antara kelebihan simpan emas ni ialah ‘pelaburan’ kita tak beku. Walaupun kita melabur, hakikatnya ‘duit’ tu ada di tangan kita sebab emas tu kita pegang sendiri. Kita yang control 100%. Kalau simpan dalam Tabung Haji ataupun ASB, duit kita dipegang oleh bank. Dan banklah yang gunakan duit tu untuk buat investment lain dan gandakan keuntungan mereka. Bila dapat untung, sebahagian kecil dia agihkan kepada kita (penyimpan) dalam bentuk dividen. Kalau keluarkan duit lebih awal in case nak pakai duit sekejap, kita akan rugi dividen hujung tahun. Tapi berbeza dengan emas.
Kalau nak pakai duit SEKEJAP untuk hal mustahak, emas tu tak perlu dijual. Pajak sahaja emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagar dengan kadar SEGERA. Duit pinjaman akan dapat on-the-spot. Selesai jer urusan, tebus balik emas tu. Macam tu lah yang dibuat oleh makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu). Gelang yang mereka pakai penuh sampai ke lengan tu sebenarnya modal pusingan mereka. Bila nak modal berniaga, mereka pajak emas tu. Lepas selesai urusniaga, mereka tebus balik dan duit untung hasil urusniaga tu dah boleh cover kos upah ar-rahnu.
Cara pajak di ar-rahnu ni mudah jer. Di bawah ni saya bagi panduannya secara umum:
Di mana tempat pajak emas?
Pajak di mana-mana ar-rahnu (halal), bukan kedai pajak (haram), dan bukan juga di bank sebab bukan semua cawangan bank ada fasiliti ar-rahnu. Hanya bank tertentu dan cawangan tertentu sahaja yang sediakan fasiliti ar-rahnu. Di bawah ni saya senaraikan antara ar-rahnu yang ada di Malaysia:

Apa yang anda perlu tahu, polisi setiap ar-rahnu berbeza-beza. Berapa nilai emas, apa dokumen yang diperlukan, berapa banyak pinjaman yang diberikan, berapa lama tempoh pinjaman, memang berbeza antara setiap ar-rahnu. Di bawah ni saya cuma bagi panduan umum sahaja.

Emas boleh dijadikan sumber tunai segera untuk para perniaga terutamanya.
Apa yang perlu di bawa?
Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.
Apa jenis emas yang diterima ar-rahnu?
Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.
Berapa banyak pinjaman akan diberi?
65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan ataupun Public Gold, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website. 

 Densimeter – alat penimbang & menguji ketulenan emas
Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.

Contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank
Berapakah caj yang dikenakan?
Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.
Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.
Berapa lama tempoh pinjaman?
Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.
Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.
Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?
Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).

Berdasarkan carta di atas, bila renew surat pajak, ar-rahnu akan tambah lagi pinjaman sebanyak RM1,300. Tapi apa akan berlaku kalau sebaliknya (harga emas turun)? Maka kita kena top-up (bayar) RM1,300 baru boleh sambung pajakan! Haa… Kat sinilah ramai pemajak tegar tersangkut pada tahun 2012 bila harga emas bergerak mendatar!
Itulah panduan asas cara pajak emas di ar-rahnu. Tapi sebelum anda mula memajak emas, ada 9 tips penting yang anda perlu tahu. Saya dah explain satu persatu dalam artikel “9 Tips Penting Memajak Emas di Ar-Rahnu“. Moga bermanfaat, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
sumber: http://www.mohdzulkifli.com

Cara Simpan Emas Dengan Selamat




Perkara pertama yang sahabat perlu tahu, Ar-Rahnu bukanlah tempat simpan emas. Ia tempat untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. So, menyimpan emas di Ar-Rahnu sangat merugikan kalau tak tahu manfaatkan duit pinjaman tu untuk menggandakan keuntungan.
Keduanya, simpan emas ni senang  jer, cuma bagi orang baru dia rasa takut sebab dia rasa nilainya tinggi. Padahal, simpan kereta, simpan handphone, simpan laptop dan barang berharga lain tu lagi berisiko besar berbanding simpan emas. Emas saiznya kecil jer. Senang disorokkan. Bagi saya, risiko hilang kereta lagi besar daripada hilang emas. Cuma ‘kerisauan’ semua tu mindset kita jer. Kalau dah lama nanti, rasa selamber jer, insyaAllah… Jadi, sebagai panduan asas, ini 5 tips penting untuk pastikan emas kita disimpan dengan selamat:
Tip 1: Jangan bagi tahu sesiapa
Ini paling penting. Kalau beli emas, jangan bagi tahu sesiapa kecuali isteri ataupun suami jer. Tak perlu tunjuk pada kawan-kawan koleksi emas yang kita ada. Duduk diam-diam sudah… (“,)
Untuk makluman sahabat, saya tak pernah bagi tahu pada jiran-jiran yang saya adalah dealer emas dan saya memang tak cerita pada sesiapa di kawasan kediaman kecuali sahabat rapat yang follow blog saya. Itu jer. Bukan tak nak promosi, tapi sebab faktor keselamatan. Nanti orang lain fikir rumah saya penuh emas, padahal habuk pun tak ada…
Tip 2: Simpan di rumah, syaratnya…
Syiling 1 dinar saiznya lagi kecil dari duit 10 sen. So, nak simpan 1 dinar sebenarnya lagi senang dari simpan duit dan barang berharga lain. Tempat paling selamat simpan emas kat rumah ialah tempat yang orang biasanya tak terfikir. Mungkin dalam soket dinding, pam tandas, tin biskut, peti ais, dalam lampu, belakang jam, bawah almari, dalam pasir akuarium, dalam pasu, dalam tanah belakang rumah dsb. Asalkan jangan simpan dalam almari ataupun belakang oven dah lah sebab itu biasanya akan jadi sasaran perompak.
Nasihat saya, kalau simpan di rumah, simpan di beberapa tempat. Contohnya, anda ada 30 keping coin 1 dinar. Mungkin boleh pecahkan kepada 3 tempat. Setiap tempat simpan 10 keping. Ini penting untuk meminimumkan kerugian kalau rumah anda kena pecah masuk. Kes ini memang benar-benar berlaku kepada seorang kawan saya dan kerugian dia dapat diminimumkan, alhamdulillah…
Dan penting juga, bagi tahu kepada pasangan anda di mana anda simpan. Takut terlupa ataupun anda ‘pergi’ dulu. Ada satu kes, isteri simpan emas bernilai RM70,000 dalam air-cond tanpa bagi tahu suaminya. Masa air-cond rosak, suaminya panggil technician dan technician tu angkut air-cond tu ke kedai dia. Dan emas tu lesap macam tu je…
Tip 3: Simpan di pejabat, tapi…
Ramai orang tak perasan, pejabat mungkin boleh jadi tempat percuma dan agak selamat untuk simpan barang berharga. Tapi ia hanya sesuai kalau pejabat yang ada;
  1. Sistem kawalan keselamatan yang ketat. Nak masuk kena register di pos kawalan, bilik pun cuma “authorised personnel” jer yang boleh masuk, ada CCTV, dan laci workstation anda pun boleh dikunci.
  2. Kawan-kawan sepejabat yang boleh dipercayai dan amanah.
Cuma yang perlu ambik perhatian ialah cleaner yang keluar masuk bersihkan office. Itu jer.
Tip 4: Beli Safe Deposit Box dan simpan di rumah
Ini kosnya agak tinggi dan taklah selamat sangat especially kalau masa kita ada kat rumah. Kalau perompak masuk rumah, itulah yang pertama dia nak bukak.
Safe deposit box kat rumah ni lebih kepada simpan daripada anak-anak ataupun pembantu rumah jer. Bagi orang biasa macam saya, cara ni agak mahal dan kurang praktikal.
Tip 5: Safe Deposit Box di bank atau syarikat swasta
Bagi saya, simpan di Safe Deposit Box berbayar paling selamat dan paling nyenyak tidur malam. Kosnya pun murah jer. Paling murah sekitar RM100 untuk box paling kecik – boleh muat emas bernilai lebih RM100,000. Saya simpan kesemua emas saya di sana.
Persoalannya, berapa banyak emas yang berbaloi untuk sewa safe deposit box? Jawapannya terpulang. Kalau anda simpan emas di rumah dalam jumlah yang boleh mengganggu tidur malam yang lena, dan tak selesa tinggalkan rumah untuk balik kampung, lebih baik sewa safe box jer. Keluarkan duit sikit tak apa, asalkan kita peace of mind.

Di Bank atau Syarikat Swasta?
Untuk orang kebanyakkan, saya syorkan sewa di bank sebab kosnya paling murah. Kekurangannya ialah cover insurannya cuma RM10,000 jer. Kalau nak cover lebih, kena runding dengan bank untuk naikkan cover insuran. Keduanya, waktu dia tertakluk waktu bank (pejabat) jer.
Sebagai dealer emas yang banyak urusan keluar masuk emas, saya lebih suka syarikat swasta sebab (1) cover insurannya tinggi, (2) waktunya lebih fleksible – 9.00 pagi hingga 11.00 mlm setiap hari termasuk Ahad dan cuti umum. Tapi ia bergantung syarikat swasta yang anda pilih. Saya sewa di Royal Safe Deposit Box, betul-betul bawah office Public Gold Sunway.
Wallahu a’lam.
sumber: http://www.mohdzulkifli.com