Perkara pertama yang
sahabat perlu tahu, Ar-Rahnu bukanlah tempat simpan emas. Ia tempat untuk
dapatkan pinjaman bercagarkan emas. So, menyimpan emas di Ar-Rahnu sangat
merugikan kalau tak tahu manfaatkan duit pinjaman tu untuk menggandakan
keuntungan.
Keduanya, simpan emas ni
senang jer, cuma bagi orang baru dia rasa takut sebab dia rasa nilainya
tinggi. Padahal, simpan kereta, simpan handphone, simpan laptop dan barang
berharga lain tu lagi berisiko besar berbanding simpan emas. Emas saiznya kecil
jer. Senang disorokkan. Bagi saya, risiko hilang kereta lagi besar daripada
hilang emas. Cuma ‘kerisauan’ semua tu mindset kita jer. Kalau dah lama nanti,
rasa selamber jer, insyaAllah… Jadi, sebagai panduan asas, ini 5 tips penting
untuk pastikan emas kita disimpan dengan selamat:
Tip 1: Jangan
bagi tahu sesiapa
Ini paling penting. Kalau
beli emas, jangan bagi tahu sesiapa kecuali isteri ataupun suami jer. Tak perlu
tunjuk pada kawan-kawan koleksi emas yang kita ada. Duduk diam-diam sudah… (“,)
Untuk makluman sahabat,
saya tak pernah bagi tahu pada jiran-jiran yang saya adalah dealer emas dan
saya memang tak cerita pada sesiapa di kawasan kediaman kecuali sahabat rapat
yang follow blog saya. Itu jer. Bukan tak nak promosi, tapi sebab faktor
keselamatan. Nanti orang lain fikir rumah saya penuh emas, padahal habuk pun
tak ada…
Tip 2: Simpan di
rumah, syaratnya…
Syiling 1
dinar saiznya lagi kecil dari duit 10 sen. So, nak simpan 1 dinar sebenarnya
lagi senang dari simpan duit dan barang berharga lain. Tempat paling selamat
simpan emas kat rumah ialah tempat yang orang biasanya tak terfikir.
Mungkin dalam soket dinding, pam tandas, tin biskut, peti ais, dalam lampu,
belakang jam, bawah almari, dalam pasir akuarium, dalam pasu, dalam tanah
belakang rumah dsb. Asalkan jangan simpan dalam almari ataupun belakang oven
dah lah sebab itu biasanya akan jadi sasaran perompak.
Nasihat saya, kalau simpan
di rumah, simpan di beberapa tempat. Contohnya, anda ada 30 keping coin
1 dinar. Mungkin boleh pecahkan kepada 3 tempat. Setiap tempat simpan 10
keping. Ini penting untuk meminimumkan kerugian kalau rumah anda kena pecah
masuk. Kes ini memang benar-benar berlaku kepada seorang kawan saya dan
kerugian dia dapat diminimumkan, alhamdulillah…
Dan penting juga, bagi
tahu kepada pasangan anda di mana anda simpan. Takut terlupa ataupun anda
‘pergi’ dulu. Ada satu kes, isteri simpan emas bernilai RM70,000 dalam air-cond
tanpa bagi tahu suaminya. Masa air-cond rosak, suaminya panggil technician dan
technician tu angkut air-cond tu ke kedai dia. Dan emas tu lesap macam tu je…
Tip 3: Simpan di
pejabat, tapi…
Ramai orang tak perasan,
pejabat mungkin boleh jadi tempat percuma dan agak selamat untuk simpan barang berharga.
Tapi ia hanya sesuai kalau pejabat yang ada;
- Sistem kawalan keselamatan yang ketat. Nak masuk kena register di pos kawalan, bilik pun cuma “authorised personnel” jer yang boleh masuk, ada CCTV, dan laci workstation anda pun boleh dikunci.
- Kawan-kawan sepejabat yang boleh dipercayai dan amanah.
Cuma yang perlu ambik
perhatian ialah cleaner yang keluar masuk bersihkan office. Itu jer.
Tip
4: Beli Safe Deposit Box dan simpan di rumah
Ini kosnya agak tinggi
dan taklah selamat sangat especially kalau masa kita ada kat rumah. Kalau
perompak masuk rumah, itulah yang pertama dia nak bukak.
Safe deposit box kat rumah
ni lebih kepada simpan daripada anak-anak ataupun pembantu rumah jer. Bagi
orang biasa macam saya, cara ni agak mahal dan kurang praktikal.
Tip 5: Safe
Deposit Box di bank atau syarikat swasta
Bagi saya, simpan di Safe
Deposit Box berbayar paling selamat dan paling nyenyak tidur malam.
Kosnya pun murah jer. Paling murah sekitar RM100 untuk box paling kecik – boleh
muat emas bernilai lebih RM100,000. Saya simpan kesemua emas saya di sana.
Persoalannya, berapa banyak
emas yang berbaloi untuk sewa safe deposit box? Jawapannya terpulang. Kalau
anda simpan emas di rumah dalam jumlah yang boleh mengganggu tidur malam yang
lena, dan tak selesa tinggalkan rumah untuk balik kampung, lebih baik sewa safe
box jer. Keluarkan duit sikit tak apa, asalkan kita peace of mind.
Di Bank atau
Syarikat Swasta?
Untuk orang kebanyakkan,
saya syorkan sewa di bank sebab kosnya paling murah. Kekurangannya ialah cover
insurannya cuma RM10,000 jer. Kalau nak cover lebih, kena runding dengan bank
untuk naikkan cover insuran. Keduanya, waktu dia tertakluk waktu bank (pejabat)
jer.
Sebagai dealer emas yang
banyak urusan keluar masuk emas, saya lebih suka syarikat swasta sebab (1)
cover insurannya tinggi, (2) waktunya lebih fleksible – 9.00 pagi hingga 11.00
mlm setiap hari termasuk Ahad dan cuti umum. Tapi ia bergantung syarikat swasta
yang anda pilih. Saya sewa di Royal Safe Deposit Box, betul-betul bawah office
Public Gold Sunway.
Wallahu a’lam.
sumber: http://www.mohdzulkifli.com
No comments:
Post a Comment