Antara kelebihan simpan
emas ni ialah ‘pelaburan’ kita tak beku. Walaupun kita melabur, hakikatnya
‘duit’ tu ada di tangan kita sebab emas tu kita pegang sendiri. Kita yang
control 100%. Kalau simpan dalam Tabung Haji ataupun ASB, duit kita dipegang
oleh bank. Dan banklah yang gunakan duit tu untuk buat investment lain dan
gandakan keuntungan mereka. Bila dapat untung, sebahagian kecil dia agihkan
kepada kita (penyimpan) dalam bentuk dividen. Kalau keluarkan duit lebih awal
in case nak pakai duit sekejap, kita akan rugi dividen hujung tahun. Tapi berbeza
dengan emas.
Kalau nak pakai duit
SEKEJAP untuk hal mustahak, emas tu tak perlu dijual. Pajak sahaja emas tu di
ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagar dengan kadar SEGERA. Duit
pinjaman akan dapat on-the-spot. Selesai jer urusan, tebus balik emas tu. Macam
tu lah yang dibuat oleh makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu).
Gelang yang mereka pakai penuh sampai ke lengan tu sebenarnya modal pusingan
mereka. Bila nak modal berniaga, mereka pajak emas tu. Lepas selesai urusniaga,
mereka tebus balik dan duit untung hasil urusniaga tu dah boleh cover kos upah
ar-rahnu.
Cara pajak di ar-rahnu ni
mudah jer. Di bawah ni saya bagi panduannya secara umum:
Di mana tempat
pajak emas?
Pajak di mana-mana ar-rahnu
(halal), bukan kedai pajak (haram), dan bukan juga di bank sebab bukan semua
cawangan bank ada fasiliti ar-rahnu. Hanya bank tertentu dan cawangan tertentu
sahaja yang sediakan fasiliti ar-rahnu. Di bawah ni saya senaraikan antara
ar-rahnu yang ada di Malaysia:
- Ar-Rahn PKB
- Ar-Rahnu Bank Rakyat
- Ar-Rahnu Exchange (francais Bank Rakyat)
- Ar-Rahnu Agrobank
- Ar-Rahnu Pos Malaysia
- Ar-Rahnu Koperasi Tentera
- Ar-Rahnu YAPEIM
- Ar-Rahnu Express (Habib Jewel)
- Ar-Rahnu Bank Islam (Kelantan sahaja)
- Ar-Rahnu KPMNJ (Johor sahaja)
- Ar-Rahnu YBU (Perak sahaja)
- Ar-Rahnu MAIDAM (Terengganu sahaja)
Apa yang anda perlu tahu, polisi
setiap ar-rahnu berbeza-beza. Berapa nilai emas, apa dokumen yang
diperlukan, berapa banyak pinjaman yang diberikan, berapa lama tempoh pinjaman,
memang berbeza antara setiap ar-rahnu. Di bawah ni saya cuma bagi panduan umum
sahaja.
Emas boleh dijadikan sumber
tunai segera untuk para perniaga terutamanya.
Apa yang perlu
di bawa?
Emas + sijil ketulenan
(kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.
Apa jenis emas
yang diterima ar-rahnu?
Barang kemas solid (tanpa
permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya
tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar
& syiling emas tak diterima.
Berapa banyak
pinjaman akan diberi?
65% atas nilai emas yang
dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang
anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh
pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan ataupun Public Gold, tapi
berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga
setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga
semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di
website.
Densimeter – alat penimbang
& menguji ketulenan emas
Untuk menentukan berapakah
nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan
menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang
tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2)
mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu
cawangan lain.
Contoh surat pajak Ar-Rahnu
Agrobank
Berapakah caj
yang dikenakan?
Caj pajakan ar-rahnu
dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas
kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya
patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap
RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas
nilai pinjaman.
Apa yang anda perlu tahu, caj
adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun
naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada
bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus
emas tu nanti.
Berapa lama
tempoh pinjaman?
Tempoh standard ialah 6
bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan.
Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena
lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.
Dan jangan lupa, anda bebas
untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat.
Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan
sahaja.
Bagaimana cara
sambung pajakan bila tamat tempoh?
Sebelum habis
tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja.
Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa.
Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung
pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan
diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah
simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).
Berdasarkan carta di atas,
bila renew surat pajak, ar-rahnu akan tambah lagi pinjaman sebanyak RM1,300.
Tapi apa akan berlaku kalau sebaliknya (harga emas turun)? Maka kita kena
top-up (bayar) RM1,300 baru boleh sambung pajakan! Haa… Kat sinilah ramai
pemajak tegar tersangkut pada tahun 2012 bila harga emas bergerak mendatar!
Itulah panduan asas cara
pajak emas di ar-rahnu. Tapi sebelum anda mula memajak emas, ada 9 tips penting
yang anda perlu tahu. Saya dah explain satu persatu dalam artikel “9 Tips Penting Memajak Emas di Ar-Rahnu“. Moga
bermanfaat, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
sumber: http://www.mohdzulkifli.com
No comments:
Post a Comment