Wednesday, 22 May 2013

Peluang Terbaik Untuk Anda Memiliki Aset







Harga emas yang jatuh sejak beberapa bulan ini sebenarnya adalah merupakan peluang terbaik untuk anda membeli emas bagi simpanan kekayaan untuk masa depan.
Bagi saya sebenarnya harga emas yang turun mendadak itu bukanlah satu berita buruk tetapi peluang kepada anda untuk menambah aset simpanan emas anda atau kepada pelabur yang baru ingin berjinak-jinak dengan emas inilah masanya
walaupun harga jatuh pada tahap yang rendah dalam sejarah, namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi sejak sekian lama.
“Menurut sumber-sumber yang dipercayai, sejak beberapa hari lepas, orang ramai dari negara-negara Asia di rantau ini telah bergegas ke kedai emas untuk membeli emas menyebabkan kebanyakan kedai emas telah kehabisan stok.
“Ini kerana mereka sedar bahawa emas ialah aset pelindung yang selamat dan berguna semasa didalam kesusahan. Kerana mereka percaya Emas adalah mata wang yang tidak boleh dimanipulasi,”
Pada 15 April lalu, harga emas telah jatuh secara mendadak mengakibatkan keruntuhan harga terbesar sejak 1993.
Kejatuhan harga Emas mungkin mengakibatkan ramai pelabur terkejut dengan trend terkini, Namun bagi saya harga Emas telah mencecah harga yang amat tinggi sejak sekian lama yang menyebabkan ramai yang tidak mampu memilikkinya
“Emas selalunya digemari di Asia. Bagi mereka, secara tradisinya, Emas dibeli sebagai hadiah untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, ulang tahun, dan sebagainya.
“Kini harga Emas telah jatuh,dan saya yakin ini akan membuatkan lebih ramai orang mampu untuk memiliki Emas, terutama bagi pembeli baru yang ingin menyimpan emas untuk perlindungan kekayaan masa depan,
Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka.
Jadi kesimpulannya ini adalah masa yang terbaik untuk membeli emas kerana mengikut rekod emas tetap akan naik pada bila-bila masa ..seperti sabda Rasulullah S.A.W “akan tiba satu masa tidak akan ada benda yang paling bernilai kecuali Emas dan Perak”.
 : hargaemas.com.my

Duit di Bank atau Beli Emas



Jika anda sekarang mempunyai duit RM1,000,000 dalam bank, 10 tahun lagi, nilai RM1 juta itu akan turun setaraf dengan nilai RM100,000.
Lihat sendiri perbelanjaan setiap tahun masa pergi pasar ramadhan. Jika tahun sebelum ini dengan RM20 boleh beli macam-macam tapi sekarang nilai barang dulu RM20 nak dapat kena belanja dalam RM40.
Mengapa simpan duit tak bijak sekarang, setiap tahun nilai duit kita jatuh dan inflasi meningkat. Inilah masanya orang kaya bertambah kaya sebab orang kaya jual barang meningkat inflasi.
Contohnya jika seorang Tauke station minyak naik harga sebab inflasi, bermakna dia bertambah kaya sebaliknya kita bertambah miskin sebab nak kena bayar tauke minyak beli minyak.
Cadangan terbaik untuk tidak menyebabkan nilai duit anda tak jatuh ialah jangan simpan duit sebaliknya beli emas untuk kekalkan nilai duit.

: hargaemas.com.my

Wednesday, 15 May 2013

Sejarah Emas di Dunia




Sejak dulu kita sering kali membaca artikel atau tulisan di internet ataupun di majalah tentang emas yang telah di pakai sejak berabad-abad lama nya, bahkan mungkin sejak beberapa millennium yang lalu. Berikut ini sejarah emas yang di mulai pada tahun 4000 Sebelum Masehi.
4000 Sebelum Masehi – Sebuah kebudayaan yg berpusat di sebuah daerah yg pada ketika ini di sebut dengan Eropah Timur mulai menggunakan emas sebagai objek aksesoris & fashion. Kemungkinan besar emas tersebut berasal dari Transylvanian Alps atau mungkin juga berasal dari di daerah pegunungan Pangaion.
3000 Sebelum Masehi – Sebuah peradaban di iraq selatan menggunakan emas untuk menciptakan perhiasan yang sangat mengagumkan dan model perhiasan dari peradaban itu masih banyak di pakai sehingga sekarang.
2500 Sebelum Masehi – Raja Tomb of Djer di kuburkan bersama perhiasannya. Dia adalah raja pertama dari dinasti mesir di Abydos, Mesir.
1500 Sebelum Masehi – Daerah Nubia yang sangat kaya dengan kandungan emas membuat mesir menjadi negara yang sangat kaya setelah emas di kenal sebagai alat tukar untuk perdagangan internasional. Dimana standard unit di timur tengah pada waktu itu menggunakan coin emas shekel dengan berat 11.3 Gram. Shekel terbuat dari campuran logam 2/3 emas dan 1/3 perak yang disebut sebagai electrum.
1350 Sebelum Masehi – Babilon mula menggunakan api sebagai teknik untuk menguji ketulinan emas.
1200 Sebelum Masehi – Orang Mesir yang menguasai seni pembuatan emas memasukkan emas ke dalam daun untuk memperpanjang umur pakai nya, mereka juga mencampurkan emas dengan logam lain untuk meningkatkan kekerasan dan variasi warna emas yang di hasilkan (dengan campuran tertentu emas boleh merubah menjadi warna hijau, merah, ungu dll). Pada era ini mereka juga mulai menggunakan teknik lost wax dimana teknik lost wax ini masih menjadi jantung dari industri perhiasan. Kulit domba yang tidak dicukur mulai dipergunakan untuk memisahkan emas dari pasir sungai di timur laut, Laut Hitam. Setelah pasir dituang ke dalam kulit domba mereka lalu mengeringkan nya untuk mengeluarkan partikel emas. Teknik seperti ini menjadi inspirasi “Golden Fleece”
1091 Sebelum Masehi – Emas berbentuk kotak yang berukuran kecil mulai di gunakan di cina sebagai alat tukar yg sah (uang).
560 Sebelum Masehi – Coin pertama yg dibuat dari emas murni di gali di Lydia sebuah kerajaan di Asia Minor.
344 Sebelum Masehi – Raja Alexander melewati Hellespont bersama 40.000 prajurit dimana pada era ini dimulai penaklukan yang sangat besar dalam sejarah militer dan jumlah emas terbesar yang pernah di bawa dari kekaisaran Persia.
300 Sebelum Masehi – Orang yunani dan yahudi di Alexandria kuno mulai mempraktikkan teknik kimia untuk memisahkan emas dari logam lainnya. Pencarian mencapai puncak dari akhir abad kegelapan melalui Renaissance.
202 Sebelum Masehi – Selama era Punic War dengan Carthage romawi mendapatkan banyak sekali akses perolehan emas di spanyol.
58 Sebelum Masehi – Setelah kemenangan ketenteraan di Gaul, Julius Caesar pulang dengan membawa emas yang jumlah nya sangat besar, sehingga dia boleh memberikan coin emas sebanyak 200 buah ke tiap prajurit nya dan membayar semua hutang-hutang Romawi.
50 Sebelum Masehi – Romawi mulai mengeluarkan coin emas yang di namai Aures
476 Masehi – Goth yang memecat Kaisar Augustus Romulas, menandai jatuhnya Kekaisaran Romawi.
699 Masehi – Kekaisaran Byzantine melanjutkan projek penambangan di eropah tengah dan perancis, dimana area ini merupakan area penambangan emas yang tidak pernah di explorasi selama era kekaisaran romawi berkuasa.
814 Masehi – Charlemagne menyerbu Avars dan merampas emas mereka dalam jumlah besar, yang membuatnya menjadi sangat berkuasa di eropah barat.
1066 Masehi – Setelah terjadi nya penaklukan oleh Norman, standard mata wang logam akhirnya kembali diperakukan di Inggeris dengan diperkenalkannya sistem pounds, shillings, dan pence. Yang secara harfiah adalah Pounds bermaksud setengah kilo sterling silver.
1299 Masehi – Marco Polo menulis jurnal dari perjalanan nya ke timur jauh (saat ini di sebut asia) dengan judul “gold wealth was almost unlimited.”
1284 Masehi – Venice memperkenalkan Gold Ducat yang akhirnya menjadi Coin yang sangat terkenal di dunia dan terus menjadi sangat terkenal sampai lima abad setelah pelancarannya.
1284 Masehi – Great Britain mengeluarkan Coin emas utama untuk pertama kali, coin emas ini di beri nama Florin, yang seterusnya diikuti oleh pengeluaran coin bernama Noble, Angel, Crown dan Guinea.
1377 Masehi – Great Britain merubah sistem kewangan mereka berdasarkan emas & perak.
1511 Masehi – Raja Ferdinand dari Sepanyol mengatakan kepada para penjelajah “jika boleh mendapatkan emas, tapi banyak bahaya untuk mendapatkan emas” yang akhir nya ekspedisi besar-besaran ke tanah yang baru di temukan di western hemisphere. Maka perkataan Gold Gospel dan Glory.
1556 Masehi – Georgius Agricola menerbitkan buku yg berjudul De Re Metallica yang isinya menjelaskan proses pengujian emas menggunakan api yg biasa di gunakan di abad pertengahan.
1700 Masehi – Dengan dimenemukan cadangan deposit emas di brazil menjadikan brazil penghasil emas terbesar di dunia pada tahun 1720 dengan kapasiti produksi hampir mendekati 2/3 dari total kapasiti produksi seluruh dunia. Isaac Newton yang sebagai ketua pengangkutan menetapkan harga dalam satuan mata wang Great Britain sebesar 84 shillings 11,5 Pence per Troy ounce. The Royal Commission (Komission Kerajaan) yang terdiri dari Isaac Newton, John Locke, and Lord Somers memutuskan untuk menarik seluruh mata wang lama dan menerbitkan mata wang baru dari emas/perak dengan rasio 16:1. Dengan begitu harga emas pertama kali di didirikan pertama kali di Inggeris 200 tahun yang lalu.
1744 Masehi – Kebangkitan pertambangan emas di Rusia dimulai pada ketka ditemukan singkapan pasir pemerintah di Ekaterinburg pada tahun 1787. Coin Emas Amerika pertama kali di temukan oleh Ephraim Brasher yang berprofesi sebagai tukang emas.
1792 Masehi – Undang-undang mata wang logam Amerika Syarikat menetapkan standard bimetallic emas perak, dimana telah ditetapkan dolar AS setara dengan 24,75 gm emas grain dan 371,25 grain perak (1 grain = 0.0648 grams).
1799 Masehi – Gold Nugget seberat 17 Pon di temukan di Cabarus county, North Carolina yang mana penemuan ini merupakan penemuan emas yang pertama kali didokumentasikan.
1803 Masehi – Penemuan emas di Little Meadow Creek, North Carolina yang memicu terjadi nya Gold Rush di Amerika untuk pertama kali nya.
1828 Masehi – North Carolina memasuk seluruh keperluan coin emas US Mint untuk skala domestik dengan peruntukan sebagai mata wang.
1816 Masehi – Inggeris secara rasmi mengikat pound sterling terhadap emas dengan kuantiti berat tertentu dimana mata wang inggeris dapat di gunakan sebagai nilai tukar.
1817 Masehi – Inggeris mulai memperkenalkan Sovereign iaitu sebuah koin emas berukuran kecil yang memiliki nilai setara 1 pound sterling.
1830 Masehi – Heinrich G. Kuhn mengumumkan penemuan nya atas sebuah formula Fired on Glanz Gold.
1837 Masehi – Berat emas dalam kesatuan US dolar di kurangi 23,22 grain sehingga nilai emas murni seberat 1 troy ounce emas akan setara dengan $ 20.67.
1848 Masehi – John Marshall menemukan serpihan emas (gold flake) ketika sedang membangun sawmill milik John Sutter di dekat Sacramento, California. Penemuan John Marshall ini menyebabkan terjadinya Gold Rush di California.
1850 Masehi – Edward Hammong Hargraves kembali ke Australia setelah perjalanan ke California, dia meramalkan akan dapat menemui emas di negara nya dalam waktu 1 minggu setelah kedatangannya. Dia menemukan emas di New South Wales seminggu setelah dia sampai di Australia.
1859 Masehi – Comstock Lode yg merupakan deposit perak pertama di amerika di temui di daerah yg pada ketika ini masih dikenali Virginia City, Nevada yang di dalam nya juga terkandung deposit emas.
1862 Masehi – Latin Monetary Union ketetapan yang mengatur kadar, berat, ukuran dan nominal dari koin perak & koin emas negara Perancis, Italia, Belgia, Swiss, dan Yunani (pada tahun 1868) dan mewajibkan semua negara itu menerima koin emas & koin perak dari masing-masing negara tersebut sebagai alat pembayaran yang sah.
1868 Masehi – George Harrison menemukan emas ketika menggali batu untuk membangun rumah, dimana emas tersebut ditemukan di Afrika Selatan, sejak saat itu sumber emas tersebut mendekati 40% dari total emas yg pernah di gali di Afrika Selatan.
1873 Masehi – Sebagai hasil dari perubahan undang-undang carigali dan koin, perak telah dihapuskan dari standard nilainya dan Amerika secara tidak resmi kembali ke standard emas.
1887 Masehi – Hak Paten Inggeris dikeluarkan kepada John Steward MacArthur untuk penemuannya dalam proses recovery/pemurnian emas dengan menggunakan proses sianida. Proses sianida ini dapat menghasilkan emas sampai dua kali ganda dari jumlah produksi dunia sampai 20 tahun yang akan mendatang.
1896 Masehi – William Jennings Bryan berpidato di konvensi nasional partai demokrat yang berjudul “cross of gold” dimana pidatonya ini berisi desakan agar kembali ke system bimetallism. Pidato ini menjadi kan Willian Jennings Bryan sebagai salah satu calon presiden dari parti democrat, tapi dia dikalahan pada saat Pilihanraya oleh William McKinley. (Dalam ilmu ekonomi Bimmetallism memiliki erti Standard kewangan yang mana nilai dari mata wang dalam system moneter sebuah negara di definiskan setara / senilai dengan sejumlah tertentu berat emas atau bisa juga setara / senilai dengan sejumlah tertentu berat perak.)
1898 Masehi – Dua orang pemancing ikan menemukan emas saat memancing di Klondike, Alaska yang menimbulkan gold rush di akhir abad ke 19.
1900 Masehi – Undang-undang Standart emas di Amerika Serikat menempatkan sistem ekonomi Amerika pada Standart emas, dengan komitmen bahawa Amerika akan mempertahankan nilai tukar mata wangnya terhadap negara lain berdasarkan Standard Emas.
1903 Masehi – Sebuah perusahaan bernama Engelhard memperkenal kan sistem untuk mencetak emas di atas permukaan sebuah objek. Ini pertama kali nya emas di gunakan sebagai dekorasi dengan menggunakan system ini dan Teknologi untuk Microcircuit Printing.
1913 Masehi – Undang-Undang bank sentral Amerika menetapkan bahwa USD akan di dukung dengan emas sebanyak 40%.
1919 Masehi – Standard emas di hentikan sementara oleh beberapa negara termasuk Amerika, Inggris selama perang dunia 1.
1927 Masehi – Penelitian bidang kedoktoran dalam skala besar yang dilakukan di Perancis membuktikan emas memiliki nilai yang sangat berharga dalam pemakaian nya untuk pengubatan / perawatan penyakit rheumatoid arthritis (Rheumatoid Arthritis (RA) merupakan penyakit autoimun [penyakit yang terjadi pada saat tubuh diserang oleh sistem kekebalan tubuhnya sendiri] yang mengakibatkan peradangan dalam waktu lama pada sendi. Penyakit ini menyerang persendian, biasanya mengenai banyak sendi, yang ditandai dengan radang pada membran sinovial dan struktur-struktur sendi serta atrofi otot dan penipisan tulang. Pada Gambar 1, ditunjukkan bahwa RA dapat mengakibatkan nyeri, kemerahan, bengkok dan panas di sekitar sendi. Berdasarkan studi, RA lebih banyak terjadi pada wanita dibandingkan pria dengan rasio kejadian 3 : 1.
1931 Masehi – Inggeris meninggalkan sistem emas standard logam mulia.
1933 Masehi – Untuk mengurangi kepanikan sektor perbankan, Presiden Amerika Franklin D. Roosevelt melarang warga negara Amerika memiliki koin emas, emas jongkong dan emas certificate.
1934 Masehi – Menindak lanjuti atas terjadi nya Great Depresion yang terjadi di Amerika pada tahun 1934 dan atas permintaan presiden Roosevelt akhir nya pada 30 Januari 1934 undang–undang Gold Reserve memberikan hak tetap atas semua yang berhubungan dengan emas dan penghentian produksi koin emas. Undang-undang ini juga mengizinkan sertifikat emas di pegang oleh Bank Sentral yang mana menempatkan standard moneter di Amerika pada standard logam emas. Dimana penarikan emas dalam satuan dollar hanya boleh dilakukan oleh Bank Sentral dan individu yang telah mengantongi surat izin untuk melakukan hal ini. Presiden Roosevelt mengurangi nilai dollar dengan cara menaikkan nilai emas menjadi $35/ounce.
1935 Masehi – Western Electric Alloy #1 (69% Emas, 25% Perak, 6% Platina) menemukan pemakaian material tersebut untuk di gunakan sebagai switching contacts peralatan telekomunikas milik AT&T. Tahun 1937 telah dibuka tempat penyimpanan logam mulai emas jongkong di Fort Knox, Kentucky.
1942 Masehi – Presiden Franklin D. Roosevelt Perpres yang isi nya menutup semua tambang emas yang berada di negara Amerika Syarikat.
1944 Masehi – Tahun 1945 DPR amerika meratifikasi perjanjian Bretton Woods, mendirikan standart tukar emas dan mendirikan dua lembaga internasional baru iaitu International Monetary Fund (IMF) dan World Bank (Bank Dunia)
1945 Masehi – Federal Reserve Note (FRN/Fiat Currency) yang di dukung oleh emas dikurangi sampai 25.5%
Sources:J. Aron/Goldman Sachs & CompanyGold Fields Minerals ServicesThe Gold Information CenterThe Gold Institute (former)The MentorThe Money EncyclopediaUnited States Bureau of MinesThe Egyptians, Cyril Aldred, 1961.Gold – An Illustrated History, Vincent Buranelli, 1979.The Story of Civilization, Will Durant, 1954.Life in Ancient Egypt, Adolf Erman, 1971.The Gold Companion, Timothy Green, 1993.World of Gold, Timothy Green, 1991.Love of Gold, Emily Hahn, 1980.Archaic & Classical Greek Coins, Colin N. Kraay, 1976.Gold Fever, Kenneth J. Kutz, 1987.Your Gold and Silver, Henry A. Merton, 1981.Gold Institute (former) website, 2004
 : hargaemas.com.my

Emas – Perkara Yang Mempengaruhinya




Harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor. Berikut ini adalah faktor – faktor yang mempengaruhi harga emas dan menjadi penyebab harga emas naik atau turun:
1. Situasi Ekonomi Dunia
Saat terjadi krisis ekonomi di Amerika tahun 2008, orang lebih memilih menyimpan emas karena merasa nilai wang kertas jatuh. Hasilnya, harga emas melonjak.
2. Situasi Politik Dunia
Panasnya Situasi politik dunia seperti saat Amerika melakukan perebutan kuasa ke Iraq juga memberi kesan terhadap harga emas. Pada saat itu banyak orang yang khuatir akan kesan perang, Hasilnya banyak yang beralih ke emas sehingga mengakibatkan harga emas naik.
3. Naiknya Permintaan Emas
Permintaan emas akan mengalami kenaikan apabila berlakunya permintaan daripada orang ramai dengan mempromosikan produk tersebut seperti Cina dan India. Cina dan India adalah pembeli emas terbesar di Dunia. Konon katanya Cina mewajibkan setiap warga negaranya untuk menabung 2 gram emas setiap bulan. Jika permintaan kedua negara ini naik, hal ini akan melonjakkan lagi harga emas. Di India sendiri permintaan emas naik ketika terjadi musim kawin yang terjadi pada bulan September-Oktober.
4. Inflasi
Ketika inflasi meleset , emas biasanya diburu. Inflasi yang meleset dan apabila pasaran ekonomi negara tidak menentu membuatkan emas diburu sehingga menyebabkan harga emas naik karena naiknya permintaan.
5. Nilai bunga
Ketika nilai bunga naik, banyak yang meyimpan wang dalam bentuk deposit. Ketika nilai bunga turun, emas menjadi pilihan. Hal ini menyebabkan harga naik.
6. Harga Dollar AS
Ketika harga dollar AS turun, harga emas biasanya naik.
7. Harga minyak
Kenaikan harga minyak biasanya diikuti kenaikan harga emas. Namun biasanya kesannya tidak terjadi secara langsung. Misal, Ketika harga minyak naik, boleh menyebabkan terjadinya inflasi yang berlebihan sehingga menyebabkan harga emas ikut naik.
Harga emas, selain dipengaruhi oleh situasi ekonomi dan politik dunia, juga dipengaruhi oleh banyak permintaan atau yang membeli emas dimana dalam situasi ini berlaku dalam hukum ekonomi. Permintaan untuk pembelian emas naik, harga naik. Hal itulah yang menyebabkan harga emas terjaga sehingga sangat sulit untuk diramalkan apa yang membuatkan harga emas jatuh hingga ribuan dollar.

: hargaemas.com.my