Harga
emas yang jatuh sejak beberapa bulan ini sebenarnya adalah merupakan peluang
terbaik untuk anda membeli emas bagi simpanan kekayaan untuk masa depan.
Bagi
saya sebenarnya harga emas yang turun mendadak itu bukanlah satu berita buruk
tetapi peluang kepada anda untuk menambah aset simpanan emas anda atau kepada
pelabur yang baru ingin berjinak-jinak dengan emas inilah masanya
walaupun
harga jatuh pada tahap yang rendah dalam sejarah, namun, harga emas telah
mencecah harga yang tinggi sejak sekian lama.
“Menurut
sumber-sumber yang dipercayai, sejak beberapa hari lepas, orang ramai dari
negara-negara Asia di rantau ini telah bergegas ke kedai emas untuk membeli
emas menyebabkan kebanyakan kedai emas telah kehabisan stok.
“Ini
kerana mereka sedar bahawa emas ialah aset pelindung yang selamat dan berguna
semasa didalam kesusahan. Kerana mereka percaya Emas adalah mata wang yang
tidak boleh dimanipulasi,”
Pada
15 April lalu, harga emas telah jatuh secara mendadak mengakibatkan keruntuhan
harga terbesar sejak 1993.
Kejatuhan
harga Emas mungkin mengakibatkan ramai pelabur terkejut dengan trend terkini,
Namun bagi saya harga Emas telah mencecah harga yang amat tinggi sejak sekian
lama yang menyebabkan ramai yang tidak mampu memilikkinya
“Emas
selalunya digemari di Asia. Bagi mereka, secara tradisinya, Emas dibeli sebagai
hadiah untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, ulang
tahun, dan sebagainya.
“Kini
harga Emas telah jatuh,dan saya yakin ini akan membuatkan lebih ramai orang
mampu untuk memiliki Emas, terutama bagi pembeli baru yang ingin menyimpan emas
untuk perlindungan kekayaan masa depan,
Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka.
Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka.
Jadi
kesimpulannya ini adalah masa yang terbaik untuk membeli emas kerana mengikut
rekod emas tetap akan naik pada bila-bila masa ..seperti sabda Rasulullah S.A.W
“akan tiba satu masa tidak akan ada benda yang paling bernilai kecuali Emas dan
Perak”.
: hargaemas.com.my
No comments:
Post a Comment