Kejatuhan cecah 7.5 peratus lebih rendah akhir 2012
London:
Aliran meningkat harga emas sejak sembilan dekad lalu, dijangka berakhir
berikutan langkah menjual pegangan oleh sebahagian besar pengurus dana global.
Susulan itu kebanyakan penganalisis menjangka harga komoditi itu akan mencatat aliran menurun buat kali pertama sejak 2000.
Susulan itu kebanyakan penganalisis menjangka harga komoditi itu akan mencatat aliran menurun buat kali pertama sejak 2000.
Harga
emas mulai susut pada April meskipun bank pusat mencetak wang secara
besar-besaran, penularan krisis hutang Eropah dan pengurangan unjuran
pertumbuhan ekonomi tahun ini untuk kali keempat oleh Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF).
Harga
logam berharga itu dijangka berada pada paras AS$1,550 seaun menjelang akhir
tahun ini, iaitu 7.5 peratus lebih rendah berbanding harga pada akhir 2012.
Ia
adalah kejatuhan paling besar sejak 1997, demikian mengikut 38 jangkaan yang
dikumpulkan Bloomberg.
Pelabur
kini menjual logam berharga menerusi produk dagangan bursa (ETF) pada kadar
terpantas dalam rekod.
Harga
emas mulai susut pada April meskipun bank pusat mencetak wang secara
besar-besaran, penularan krisis hutang Eropah dan pengurangan unjuran
pertumbuhan ekonomi tahun ini untuk kali keempat oleh Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF).
Nilai emas jatuh ketika ekuiti Amerika Syarikat (AS) mencatatkan rekod tertinggi, sekali gus mencerminkan penurunan keyakinan pelabur.
Nilai emas jatuh ketika ekuiti Amerika Syarikat (AS) mencatatkan rekod tertinggi, sekali gus mencerminkan penurunan keyakinan pelabur.
“Ia
adalah tanda berakhirnya satu era,” kata Ketua Penyelidik Komoditi Societe
Generale SA di New York, Michael Haigh, yang membuat jangkaan mengenai
kejatuhan harga logam berharga itu sebulan lalu.
“Arah
aliran ETF dan dana lindung nilai mengubah arah aliran emas buat pertama kali
dalam tempoh yang sangat lama. Harga dilihat akan terus jatuh,” katanya.
Harga
emas susut 13 peratus kepada AS$1,450 di London tahun ini dan mencecah paras
terendah dalam tempoh dua tahun pada AS$1,321.95 pada 16 April.
Ia
mencatatkan peningkatan 16 peratus untuk terus mencatatkan peningkatan 13 tahun
berturut-turut. Standard & Poor’s GSCI menunjukkan 24 komoditi jatuh 5.8
peratus sejak awal Januari, dengan emas mencatatkan prestasi ketiga terburuk
selepas perak dan plumbum.
Indeks
Ekuiti MSCI Semua Negara Dunia meningkat 8.3 peratus dan Indeks Bank of America
Corp menunjukkan Treasuries naik 0.9 peratus.
Peningkatan
tahunan selama 12 tahun berturut-turut turut dicatatkan sesetengah aset lain.
Perbendaharaan
AS memberi pelabur pulangan sekurang-kurangnya 16 tahun menerusi 1993 dan bon
Indeks pasaran Meluas Global Bank of America meningkat setiap tahun sejak 2000.
Nilai
emas yang dipegang menerusi ETF jatuh AS$37 bilion kepada AS$106.1 bilion sejak
Oktober berikutan kejatuhan harga dan pelabur menjual logam, demikian mengikut
perangkaan yang dikumpulkan Bloomberg.
Institusi
memiliki kira-kira 50 peratus 1,078 tan dalam SPDR Gold Trust, iaitu ETP
terbesar, dan mereka mungkin menjual kira-kira separuh daripadanya kerana harga
jatuh dan pelabur memilih ekuiti, kata Deutsche Bank AG dalam laporannya pada
26 April.
Logam
berharga itu jatuh 25 peratus daripada paras rekodnya AS$1,921.15 pada
September 2011 kerana Indeks MSCI Semua Negara Dunia meningkat 26 peratus.
Societe Generale mengunjurkan harga purata pada suku keempat ialah sekitar AS$1,375, iaitu paras terendah dalam tempoh tiga tahun.
Societe Generale mengunjurkan harga purata pada suku keempat ialah sekitar AS$1,375, iaitu paras terendah dalam tempoh tiga tahun.
Goldman
Sachs Group Inc, Barclays Plc, Credit Suisse Group AG dan Morgan Stanley juga
antara mereka yang mengunjurkan harga rendah dan hanya 10 daripada 38
penganalisis yang terbabit dalam kaji selidik Bloomberg menjangkakan logam
berharga itu mencatatkan peningkatan bagi tahun ke-13.
Sementara
Goldman pula dalam cadangan jualannya pada 23 April, berkata ia menjangkakan
harga emas mencatatkan kejatuhan selanjutnya.
Harga
emas mencatatkan peningkatan 11 peratus sejak mencecah paras terendah dalam dua
tahun kerana kejatuhan mendorong pembelian emas syiling dan barang kemas. –
Bloomberg
No comments:
Post a Comment