KOTA
BHARU – Di sebalik kehangatan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini,
orang ramai khususnya kaum wanita Kelantan, tidak melepaskan peluang membeli
barang perhiasan berikutan harga emas turun sejak minggu lepas.
Harga
emas jenis 916 yang menjadi pilihan penggemarnya, turun kepada RM380 bagi 2.7
gram, berbanding RM420 untuk 2.7 gram sebelumnya.
Tinjauan
Bernama mendapati seawal 9 pagi, pengunjung mula membanjiri kedai-kedai emas di
sekitar bandar Kota Baharu, malah ada yang sanggup beratur sebelum waktu perniagaan
bermula.
Pekerja
Kedai Emas Wan Hassan Wan Omar, Wan Ahmad Salihan Wan Mohd Zaki, 18, berkata
orang ramai mula menyerbu kedai milik keluarganya itu selepas berita harga emas
turun, disiarkan akhbar.
Susulan
itu, Wan Ahmad Salihan berkata operasi kedai itu yang ditutup 5.30 petang
setiap hari, kini dilanjutkan sehingga 7 malam.
“Suasana
bertambah meriah pada hari minggu sebab orang datang tak putus-putus. Kalau
waktu kerja orang hanya datang pada masa rehat,” katanya ketika ditemui di
sini.
Antara
yang menjadi pilihan pelanggan ialah rantai, gelang dan loket selain barangan
kemas yang ditempah mengikut kehendak mereka.
Penggemar
rantai dan gelang, Rozilawati Sallehuddin, 41, berkata beliau tidak kisah
berbelanja besar untuk mendapatkan barangan kemas kerana ia tidak mudah susut
nilai.
“Emas
ni pelaburan. Beli banyak kemudian boleh jual bila harga dia naik semula,
kadang-kadang tu sampai dua kali ganda daripada harga asal,” katanya.
Nik
Mahani Nik Abdullah, 55, berkata emas Kelantan mempunyai keunikan tersendiri
kerana mendakwa kualitinya lebih tinggi berbanding tempat lain.
Meminati
emas sejak 30 tahun lepas, Nik Mahani berkata beliau biasanya akan membuat
tinjauan harga serta mencari reka bentuk terbaharu barangan kemas sebelum
membuat sebarang pembelian.
“Kalau
tak jumpa yang berkenan, saya akan buat tempahan di kedai emas untuk
disesuaikan dengan pergelangan tangan saya yang kecil. Walaupun mahal sedikit,
tak apa, janji puas hati,” katanya.- Bernama
No comments:
Post a Comment