7
soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:
1.
Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah
membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?
Islam
melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja.
Contohnya;,
Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.
Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.
Manakala
membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam
situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa
yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara
tunai.
Sekiranya
tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi
dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional
maka tuan masih terlibat dengan riba.
Dalam
erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli
emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.
2.
Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan
harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g
dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?
Itulah
yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam
tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.
tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.
Hanya
jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.
3.
Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?
Akaun
pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank
konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak
harga emas yang berlaku.Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak
perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu
tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.
Sehingga
artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait
Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas
yang halal.
4.
Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?
Pelaburan
emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas
yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila
berhati-hati.
Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.
Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.
5.
Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi,
gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?
Strategi
berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang
penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam
syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.
Walaupun
begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi
sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.
Selagi
mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan
harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.
6.
Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?
Pembelian
emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan
tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan
membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang
dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.
Tujuan
resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat
wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas
tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.
Qabadh
hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat
pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat
menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada
pihak penjual.
Namun
sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas
sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada
kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga
semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.
Apa
yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan
membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi
syarat qabadh.
Sekiranya
berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah riba.
7.
Apakah hukum pelaburan emas secara online?
Apabila
Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup
duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.
Dalam
jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia
melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar penuh harga
emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online itu berlaku.
Kita
hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita
untung, kalau salah kita rugi.
Maka
hukumnya sama dengan pelaburan forex iaitu pelaburan sebegitu adalah haram
kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas
atau/ matawang yang halal di sisi Islam.
: hargaemas.com.my
No comments:
Post a Comment