Celik
Emas
1.Mula
sedar tentang emas-lalu membuat research mengenainya sama ada melalui
forum-forum di internet,blog-blog,laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak
2.Perasaan
ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.
3.Merasa
tidak sabar untuk memiliki emas,dan apabila memiliki emas,akan timbul perasaan
teruja yang mendorong penyimpan emas untuk menceritakan tentang emas kepada
orang lain pula
4.Timbul
kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat
mengenainya.
5.Menyedari
akan hakikat bahawa wang yang sebenar ialah dinar dan dirham,namun untuk
mengaplikasikannya sekaligus amatlah payah.Maka usaha untuk menggunakannya
secara kecil-kecilan dalam komuniti kecil amatlah sesuai di peringkat awal ini.
6.Mengambil
langkah memperkenalkan emas dan perak terlebih dahulu dan menggalakkan orang
lain menyimpan emas sebagai aset yang unggul,kalis inflasi dan mengelakkan dari
menyimpan wang kertas yang susut nilai.Simpanan wang kertas hanyalah untuk
keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran on the spot.
7.Sedar
wang kertas penuh dengan riba,dan berusaha untuk mengurangkannya kerana untuk
membuang 100% belum dapat lagi dilaksanakan.Maka dengan simpanan emas dan
seterusnya penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus
menerus.
” Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”
” Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”
8.Bertindak
menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada
lebih ramai orang.Ini juga dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dari seorang
umat kepada seorang umat yang lain.
Sabda Nabi SAW
“Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan para Shuhada”
-Riwayat At Tarmizi
Sabda Nabi SAW
“Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan para Shuhada”
-Riwayat At Tarmizi
Kategori
Peminat Emas
1.Menjadikan emas hanya untuk mencari keuntungan melalui jual beli semata-mata-tidak menyebarkan ilmu emas
2.Menyampaikan info tentang emas dan menyimpan emas tapi tidak mampu mengedarkan emas kerana bukan pengedar emas
3.Menyimpan emas dan mengedarkan emas sambil menyampaikan info tentang simpanan emas
4.Menyimpan emas untuk dirinya dan keluarganya sendiri-dan tidak menyebarkannya.Baginya memadai untuk dirinya sendiri.Alangkah bagusnya jika golongan ini buang rasa mementingkan diri sendiri dan kasihan kepada golongan yang buta emas lalu menyampaikan kebenaran…

Buta
Emas
1.Tidak
tahu apa -apa tentang emas.Tidak ada sesiapa yang menyampaikan tentang
kepentingan emas,rahsia wang kertas dan sebab untuk mereka menyimpan emas.
2.Pernah
dengar dan baca tentang emas-tetapi tidak meneruskan usaha untuk menggali lebih
info tentang emas.Akhirnya buta emas
3.Seseorang
telah menyampaikan tentang emas kepada golongan ini,namun mereka berada di zon
selesa menyimpan wang kertas dan langsung tidak membuka hati untuk
mengetahuinya lebih lanjut.Kesilapan golongan ini ialah kerana merasakan yang
penyampai hanya ingin menjual barang dan tak mahu terlibat.Tak kurang yang
takut jika ini adalah skim dan bimbang tertipu.
4.Menjual
emas tetapi dia sendiri tidak menyimpan emas-hanya untuk keuntungan
semata-mata.Sayang kerana si buta emas hanya pandai menjual namun diri sendiri
tidak menyimpan.Yang membeli emas dengan golongan seperti ini juga jadi
penyimpan emas yang tidak tahu apa-apa.Dan diajar untuk ‘buy low,sell high
(konsep pelaburan).Emas adalah simpanan dalam erti kata yang sebenar dan
bukanlah pelaburan semata-mata.Namun menjadikannya pelaburan tak salah,tapi ada
caranya.
5.Langsung
tidak tahu mengenai dinar dan dirham.Kalau tahu atau pernah dengar
sekalipun,mereka tak tahu apa fungsinya yang sebenar.Mereka tidak tahu ia
adalah untuk tujuan muamalat (jual dan beli)
6.Tidak
kisah dengan riba ,tidak faham,tidak berusaha ambil tahu dan mengendahkan
larangan yang jelas disampaikan melalui khutbah terakhir Rasulullah SAW.
Kesimpulannya,masyarakat
harus celik emas dan tugas menyebarkan tentang kebaikan menyimpan emas adalah
tanggungjawab sosial dan menyebarkan tentang penggunaan matawang Islam Dinar
dan Dirham pula tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Janganlah kita malu menjadi penyimpan emas mahupun peniaga emas kerana apa yang kita lakukan adalah jihad. Jihad dalam menentang riba dan monopoli oleh kapitalisme.
Janganlah kita malu menjadi penyimpan emas mahupun peniaga emas kerana apa yang kita lakukan adalah jihad. Jihad dalam menentang riba dan monopoli oleh kapitalisme.
: jutawangold.com
No comments:
Post a Comment