KUALA
LUMPUR (Bernama) — Persatuan Saudagar Emas dan Permata Malaysia akan mengadakan
siri jelajah dan mengendalikan seminar sebagai usaha untuk mendidik pelabur
berpotensi di bandar-bandar kecil dalam perdagangan niaga hadapan emas.
Presidennya
Datuk Ng Yih Pyng berkata minat terhadap perdagangan niaga hadapan emas dalam
kalangan pelabur awam adalah tinggi tetapi “masih suatu yang baharu kepada
mereka di luar bandar-bandar. ”
“Terdapat
ramai orang di luar sana, orang-orang yang sangat berminat dalam dagangan niaga
hadapan emas (di Bursa Malaysia) tetapi sudah tentu, mereka tidak biasa dengan
perdagangan jenis ini,” katanya kepada Bernama di luar acara majlis pelancaran
kontrak hadapan emas Bursa Malaysia Derivatif pada Khamis.
Ng
berkata orang ramai biasa dengan perdagangan emas fizikal tetapi tidak biasa
dengan perdagangan di atas kertas.
Pasaran
niaga hadapan emas, kontrak niaga hadapan emas bersaiz kecil dalam mata wang
ringgit adalah kontrak penyelesaian tunai, tanpa emas fizikal.
“Kami
sudah memulakan siri jelajah penerangan untuk menarik mereka berdagang emas
melalui kontrak niaga hadapan. Mendidik orang ramai termasuk anggota kami
tentang kontrak ini dan memastikan mereka memahami tentang perdagangan tersebut
akan mengambil masa,” katanya.
Persatuan
itu juga akan mengadakan seminar untuk anggotanya yang seramai 1,600 mengenai
tawaran baharu oleh pengendali bursa saham tempatan itu, kata Ng.
Beliau
berkata pengenalan kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif
merupakan langkah yang positif untuk industri.
Beliau
berkata ia akan membolehkan peserta pasaran melindung nilai pegangan emas
mereka terutamanya dalam pasaran yang tidak menentu.
“Ia
juga memperkenalkan platform tambahan dan dikawal selia dengan baik untuk
pelabur mempunyai pegangan dalam emas,” katanya.
Kontrak
niaga hadapan logam berharga yang pertama di Malaysia itu akan memulakan
perdagangan di Bursa Malaysia pada 7 Okt ini.
Kontrak
dalam denominasi ringgit itu akan didagangkan dalam saiz kontrak kecil 100
gram, membolehkan pelabur berdagang dalam kuantiti yang kecil dengan itu mampu
untuk dilabur.
Denominasi ringgit akan meminimumkan risiko yang dikaitkan dengan keadaan turun naik mata wang asing, dengan itu menyediakan kemudahan dan fleksibiliti untuk berdagang emas di Bursa Malaysia.
Denominasi ringgit akan meminimumkan risiko yang dikaitkan dengan keadaan turun naik mata wang asing, dengan itu menyediakan kemudahan dan fleksibiliti untuk berdagang emas di Bursa Malaysia.
–
BERNAMA
No comments:
Post a Comment