Sydney: Kumpulan penyelidik di Australia menemui zarah emas tersembunyi
di dalam daun pokok kayu putih, di hutan wilayah barat negara itu, penemuan
dikatakan dapat membantu pelombong mencari simpanan baru logam berharga itu.
Saintis daripada Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel
(CSIRO) berkata, mereka menemui logam itu di dalam daun pokok terbabit di hutan
wilayah Kalgoorlie, yang pernah menjadi lokasi rebutan emas pada akhir 1800.
Pakar
kimia Mel Lintern berkata, kajian mendapati pokok terbabit menyerap zarah emas
pada kedalaman 30 meter di bawah tanah melalui akarnya.
“Akar
tunjang pokok kayu putih bertindak sebagai pam hidrolik di dalam tanah dan
menyerap air mengandungi emas,” katanya.
Jadi toksik
Beliau berkata, oleh kerana zarah emas itu berkemungkinan besar menjadi
toksik, sistem pohon terbabit memindahkannya ke bahagian daun dan dahan yang
dapat dibuang apabila ia gugur.
Di dalam kajian yang diterbitkan jurnal Nature Communications, CSIRO berkata zarah emas di dalam daun pokok berkenaan tidak akan mencetuskan rebutan emas kerana saiznya cuma sebesar satu perlima daripada saiz rambut manusia dan hanya dapat dilihat melalui imbasan X-ray.
Di dalam kajian yang diterbitkan jurnal Nature Communications, CSIRO berkata zarah emas di dalam daun pokok berkenaan tidak akan mencetuskan rebutan emas kerana saiznya cuma sebesar satu perlima daripada saiz rambut manusia dan hanya dapat dilihat melalui imbasan X-ray.
Penyelidik yang terbabit di dalam kajian itu menganggarkan, zarah emas
daripada daun 500 pokok kayu putih diperlukan untuk menghasilkan seutas gelang
tangan.
Teroka emas
Bagaimanapun mereka berkata, penemuan itu memberi peluang kepada usaha
meningkatkan kaedah penerokaan mencari emas selain menjadikannya lebih canggih
dan mesra alam.
“Kaitan antara tumbuhan dengan simpanan emas yang tertanam di dalam
tanah boleh membantu saintis menghasilkan teknologi baru penerokaan bahan
galian,” kata Lintern.
Penemuan simpanan emas baru merosot 45 peratus sejak dekad lalu, manakala
harga logam itu melonjak ketika simpanannya semakin berkurangan. – AFP
No comments:
Post a Comment