Tuesday, 29 October 2013

Dedahkan anak dengan dunia kewangan




“Ayah, bank in duit..Duit PTPTN dah habis (ada 3 bulan lagi semester nak tamat)”
Melentur buluh biar dari rebungnya. Sebagai ibu bapa, anda harus bertanggungjawab untuk mengingatkan anak-anak agar menyimpan duit dan bukannya boros berbelanja. Ibu bapa boleh mengambil langkah dengan menegaskan kepada mereka bahawa menyimpan wang penting untuk masa depan.

DedahAnakKewgn1

 Sebilangan kecil ibu bapa mungkin berkata: Tak perlu nak didik tentang kewangan, nanti mereka jadi mata duitan.
Ini adalah statement yang agak melucukan kerana akhirnya jika anak itu tidak pandai menguruskan kewangannya, kemungkinan besar dia akan berbalik kepada ibu bapa untuk pinjam duit (selalunya jadi pinjaman tak perlu bayar balik)

Jadi sekarang penting atau tidak pendidikan Money Management?
Langkah awal untuk mendidik anak-anak untuk belajar menyimpan ialah ketika mereka sudah mula mengenal apa itu wang dan sudah tahu mengira nombor. Memang mereka cepat tahu tentang wang namun mereka tidak tahu bagaimana wang itu diperolehi.
Jika kita tanya dengan anak berusia 5 tahun, mungkin dia memberi jawapan wang itu datang dari mesin ATM. Ini kerana dia melihat ibu dan bapanya melakukan perkara yang sama setiap bulan.
DedahAnakKewgn2

Jadi mulakan dengan tabung kecil ini supaya mereka faham bagaimana wang boleh terkumpul di dalam bank sebelum boleh dikeluarkan.
Ia tidak mengambil masa yang lama untuk mereka memahami, tetapi kesannya sungguh baik untuk jangka masa panjang dalam mendidik anak menabung.
Kesannya: Dia akan lebih menghargai barang yang dibeli menggunakan duit tabungan kerana memilikinya atas usahanya sendiri. Perkara ini akan reflek kepada konsep pemikirannya iaitu dengan belajar bersungguh-sungguh beliau akan dapat penghargaan  dan sebagainya.
Dibawah ini ada beberapa panduan yang boleh dimanafaatkan oleh ibu bapa untuk mengajar anak menabung duit dengan mudah:
1.       Matlamat
Jelaskan bagaimana wang dapat membantu kesejahteraan hidup.  Contoh paling mudah dengan membawanya ke kawasan perumahan. Tunjukkan rumah mewah dan bukan mewah.

DedahAnakKewgn3

Katakan jika mereka pandai menyimpan, menguruskan kewangan dengan baik, baik dengan orang tua Insya Allah hidup mereka akan lebih sejahtera dan dapat mendiami rumah yang lebih selesa.

2.       Arah Tuju
Tanamkan dalam diri anak anda agar menjadi orang yang berjaya dan berharta. Mungkin ia nampak seakan materealistik namun itulah hakikat kehidupan dalam dunia moden ini. Bantu mereka untuk mengenali arah tuju kehidupannya.
DedahAnakKewgn4


Dedahkan dengan sirah sahabat dan para tabiin yang menunjukkan bahawa mereka juga kaya raya dan dalam masa yang sama adalah orang yang paling bertakwa kepada Allah SWT. Setiasa kaitkan sesuatu dengan agama sebagai panduan kehidupan mereka.

3.    Belajar Perbezaan
Bantu anak untuk mengajarnya mengenali perbezaan keperluan dan kehendak. Dengan kefahaman ini membuatkan mereka tahu membuat keputusan mengenai barang yang perlu dibeli atau tidak dibeli.
Kaedah ini secara tidak langsung mengajar mereka erti berjimat cermat dan tidak boros.  
DedahAnakKewgn5

4.   Kenaikan kos
Kanak-kanak tidak tahu langsung apa yang dimaksudkan dengan KOS. Mereka tidak tahu langsung nilai kos anak patung dan buku. Bagi mereka harga tidak memberi sebarang pengertian.

DedahAnakKewgn6

Oleh itu bawa anak-anak ke kedai borong dan bandingkan dengan harga kedai biasa. Nyatakan padanya jenis barang yang boleh dibeli secara borong agar dapat menjimatkan kos.
 5.   Perancangan
Ajar anak-anak untuk belajar tentang merancang dan bersikap sabar jika ingin membeli barang kesukaan mereka. Dedahkan kepada anak-anak pada awal usianya tentang kepentingan menyimpan duit sehinggalah barang yang dihajati itu dapat dibeli tanpa sebarang kos tambahan (subsidi mak bapak).
Saya beri contoh anak yang minat bermain bola dan ingin memiliki kasut bola. Kita didik mereka dengan menyimpan RM1 sehari (dari duit belanja), cukup 100 hari dah ada RM100 dan boleh membeli kasut bola tersebut.
DedahAnakKewgn7

Katakan padanya kalau berhutang, harga barang selalunya lebih mahal.
 Akhir sekali jangan lupa ajar merekan tentang perbezaan Aset dan Liabiliti. Mana satu barang yang setiap tahun harga makin murah dan barang yang semakin mahal.

DedahAnakKewgn8
Kredit: Public Gold Sarawak


No comments:

Post a Comment