Semasa Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Singapura pada tahun 1959, ia
adalah negara yang mundur. Berbanding Malaysia, Singapura tidak mempunyai
sumber alam semulajadi seperti minyak, emas, aluminium dan bahan-bahan komoditi
yang lain.
Ia juga tidak mempunyai sumber air yang mencukupi untuk menampung
keperluan penduduknya. Satu-satunya sumber yang dimiliki oleh negara tersebut
adalah rakyatnya yang berjumlah kurang 1 juta yang terdiri imigran yang tidak
berpendidikan dari India, China dan Malaysia.
Pada waktu tersebut banyak terjadi jenayah, pergaduhan antara kaum,
komunisme dan penagihan dadah yang serius. Anda bayangkan betapa teruknya
keadaan Singapura pada waktu tersebut.
Anda sependapat dengan ramai lagi orang pada hari kemerdekaan Singapura
pada 1956 yang menjangka bahawa negara kecil tersebut tidak akan bertahan lama.
Tanpa sumber alam, angkatan tentera, sumber air, dan masyarakat yang tidak
berpendidikan, secara kasarnya tiada negara mampu bertahan.
Hari ini Singapura bukan sahaja berada dalam kategori dunia kelas
pertama malahan ia juga diletakkan sebagai negara keempat terkaya di dunia. Ia
juga diiktiraf memiliki fasiliti di antara yang terbaik di dunia seperti
lapangan terbang, penerbangan, pelabuhan dan sistem pendidikan.
Hidup Ini Tidak Pernah Ada
Kegagalan!
“Tidak ada kegagalan, hanya proses pembelajaran..”
Ramai orang mengatakan dalam hidup kita perlu realistik dan ramai juga
takut untuk mempunyai impian yang besar. Mereka takut impian tidak tercapai,
takut risiko, takut kecewa, takut diketawakan dan berbagai-bagai jenis
ketakutan lagi.
Sebenarnya setiap perkara yang berlaku di dalam hidup anda, makna kepada
peristiwa tersebut adalah terletak pada anda. Orang yang gagal apabila usaha
mereka tidak mencapai sasaran, mereka akan berkata kepada diri mereka bahawa
“Aku telah gagal”.
Orang Berjaya mempunyai definisi yang berbeza apabila usaha mereka tidak
mencapai sasaran. Mereka mendefinisikan situasi tersebut sebagai ‘proses
pembelajaran’. Thomas Edison, pencipta mentol yang masyhur setelah mencuba
lebih 900 kali berkata “Saya tidak gagal, saya hanya menjumpai 900 cara yang
tidak berhasil”.
Apabila menukar definisi kepada ‘proses pembelajaran’, anda akan belajar
dari kesilapan, menukar strategi, terus berusaha menuju matlamat anda. Dengan
mempunyai cara berfikir tersebut, anda tidak mungkin gagal, kerana pilihan yang
ada adalah sama ada berjaya, atau proses pembelajaran.
Di dalam minda orang yang berjaya mereka hanya gagal apabila mereka
berhenti mencuba. Individu-individu yang Berjaya takutkan kegagalan sama
seperti manusia lain. Tetapi oleh sebab cara mereka mendefinisikan kegagalan,
mereka akan terus berusaha.
Seorang pemain hoki yang diiktiraf sebagai terbaik dalam sejarah, Wayne
Gretsky, pernah berkata,
“Anda terlepas 100% pukulan yang anda tak pernah ambil”
Jadi cuba sahajalah kerana jika anda tak dapat 100% tepat,
sekurang-kurangnya 25, 50 atau 70 tepat. Dengan usaha berterusan, suatu masa
nanti usaha anda akan berada pada tahap sempurna.
Anda pernah dengar nama Arnold Schwarzenegger? Filem Terminator?
Semasa Arnold berimpian untuk menjadi bintang filem Hollywood, ramai
orang berkata ia adalah mustahil. Pada penilaian mereka Arnold mempunyai
pelbagai kelemahan seperti bentuk badan yang pelik, telo Austria yang pekat,
tiada pengalaman berlakon dan nama yang pelik dan panjang.
Tetapi Arnold langsung tidak berputus asa dan akhirnya beberapa filem
lakonan beliau seperti Terminator menjadi box office. Beliau juga menjadi salah
seorang pelakon paling popular pada era 90 an. Bukankah ia amat menggagumkan?
Beranikan diri anda untuk mempunyai impian yang besar dalam hidup kerana
setiap ‘somebody’ hari ini dahulunya adalah ‘nobody’…seperti anda.
Kredit: MajalahNiaga.com
No comments:
Post a Comment