“Ayah, bank in duit..Duit PTPTN dah habis (ada 3 bulan lagi
semester nak tamat)”
Melentur
buluh biar dari rebungnya. Sebagai ibu bapa, anda harus bertanggungjawab untuk
mengingatkan anak-anak agar menyimpan duit dan bukannya boros berbelanja. Ibu
bapa boleh mengambil langkah dengan menegaskan kepada mereka bahawa menyimpan
wang penting untuk masa depan.

Sebilangan kecil ibu bapa mungkin berkata: Tak perlu nak didik
tentang kewangan, nanti mereka jadi mata duitan.
Ini
adalah statement yang agak melucukan kerana akhirnya jika anak itu tidak pandai
menguruskan kewangannya, kemungkinan besar dia akan berbalik kepada ibu bapa
untuk
pinjam duit (selalunya jadi pinjaman tak perlu bayar balik)
Jadi
sekarang penting atau tidak pendidikan Money Management?
Langkah
awal untuk mendidik anak-anak untuk belajar menyimpan ialah ketika mereka sudah
mula mengenal apa itu wang dan sudah tahu mengira nombor. Memang mereka
cepat tahu tentang wang namun mereka tidak tahu bagaimana wang itu diperolehi.
Jika
kita tanya dengan anak berusia 5 tahun, mungkin dia memberi jawapan wang itu
datang dari mesin ATM. Ini kerana dia melihat ibu dan bapanya melakukan perkara
yang sama setiap bulan.

Jadi
mulakan dengan tabung kecil ini supaya mereka faham bagaimana wang boleh
terkumpul di dalam bank sebelum boleh dikeluarkan.
Ia
tidak mengambil masa yang lama untuk mereka memahami, tetapi kesannya sungguh
baik untuk jangka masa panjang dalam mendidik anak menabung.
Kesannya: Dia akan lebih menghargai barang
yang dibeli menggunakan duit tabungan kerana memilikinya atas usahanya sendiri.
Perkara ini akan reflek kepada konsep pemikirannya iaitu dengan belajar
bersungguh-sungguh beliau akan dapat penghargaan dan sebagainya.
Dibawah
ini ada beberapa panduan yang boleh dimanafaatkan oleh ibu bapa untuk mengajar
anak menabung duit dengan mudah:
1.
Matlamat
Jelaskan
bagaimana wang dapat membantu kesejahteraan hidup. Contoh paling mudah
dengan membawanya ke kawasan perumahan. Tunjukkan rumah mewah dan bukan mewah.
Katakan
jika mereka pandai menyimpan, menguruskan kewangan dengan baik, baik dengan
orang tua Insya Allah hidup mereka akan lebih sejahtera dan dapat mendiami
rumah yang lebih selesa.
2.
Arah Tuju
Tanamkan
dalam diri anak anda agar menjadi orang yang berjaya dan berharta. Mungkin ia
nampak seakan materealistik namun itulah hakikat kehidupan dalam dunia moden
ini. Bantu mereka untuk mengenali arah tuju kehidupannya.

Dedahkan
dengan sirah sahabat dan para tabiin yang menunjukkan bahawa mereka juga kaya
raya dan dalam masa yang sama adalah orang yang paling bertakwa kepada Allah
SWT. Setiasa kaitkan sesuatu dengan agama sebagai panduan kehidupan mereka.
3. Belajar Perbezaan
Bantu
anak untuk mengajarnya mengenali perbezaan keperluan dan kehendak. Dengan
kefahaman ini membuatkan mereka tahu membuat keputusan mengenai barang yang
perlu dibeli atau tidak dibeli.
Kaedah
ini secara tidak langsung mengajar mereka erti berjimat cermat dan tidak
boros.

4.
Kenaikan kos
Kanak-kanak
tidak tahu langsung apa yang dimaksudkan dengan KOS. Mereka tidak tahu
langsung nilai kos anak patung dan buku. Bagi mereka harga tidak memberi
sebarang pengertian.

Oleh
itu bawa anak-anak ke kedai borong dan bandingkan dengan harga kedai biasa.
Nyatakan padanya jenis barang yang boleh dibeli secara borong agar dapat
menjimatkan kos.
5.
Perancangan
Ajar
anak-anak untuk belajar tentang merancang dan bersikap sabar jika ingin membeli
barang kesukaan mereka. Dedahkan kepada anak-anak pada awal usianya tentang
kepentingan menyimpan duit sehinggalah barang yang dihajati itu dapat dibeli tanpa sebarang kos
tambahan (subsidi mak bapak).
Saya
beri contoh anak yang minat bermain bola dan ingin memiliki kasut bola. Kita
didik mereka dengan menyimpan RM1 sehari (dari duit belanja), cukup 100 hari dah ada RM100
dan boleh membeli kasut bola tersebut.

Katakan
padanya kalau berhutang, harga barang selalunya lebih mahal.
Akhir
sekali jangan lupa ajar merekan tentang perbezaan Aset dan Liabiliti. Mana
satu barang yang setiap tahun harga makin murah dan barang yang semakin mahal.

Kredit: Public Gold Sarawak